Tuesday, 4 November 2014

HOMEMADE PLAYDOH SELAMAT DAN MUDAH

Assalammualaikum wbt
Salam Sayang Salam Selasa yang ceria, moga kita (saya dan para pembaca budiman) sentiasa dalam rahmat yang Maha Kuasa.

Hari ni saya nak kongsikan satu resipi mudah untuk membuat doh tanah liat buatan rumah (homemade playdoh) yang guaranty sangat sangat disukai oleh kanak kanak.

image

Doh tanah liat buatan rumah ni sememangnye selamat ..mudah..jimat..anak2 dapat bereksprimen sepuas-puasnye. Tak payah lagi nak berebut adik kakak abang abang...mak ayah pun tak payah pening kepala duk pikir mundar mandir kat depan gondola mainan tu, bekira2 nak beli ke taknak..nak beli ker taknak...yang pasti anak2 tu dah merayu rayu nak capai satu kotak playdoh berjenama yang owesome bernilai puluhan ringit...amikaw...

Dengan homemade playdoh ni..tak perlu lagi mak ayah kalut nak jerit no! no! no!.. jangan! jangan! jangan!...bila nampak anak2 mix mix kan tanah liat yang mahal tu menjadi satu kaler yang ..oh my! Dari fancy fancy jadi dullci dullci...:p kwang kwang kwang...

image


Resepi asal homemade playdoh ni saya menuntut kat blog ni mom-station.com ..

Tetapi seperti biasa..olahlah mengikut keupayaan dan kesenangan diri anda yang membuatnye..gitew..

Meh2 jom cek bahan2 playdoh buatan rumah ni;-

HOMEMADE PLAYDOH

Bahan2
2 cawan tepung gandum
1 cawan garam halus
3 sudu makan minyak masak
1 cawan air
Perwarna

Cara2
1. Satukan tepung dan garam gaul mesra kemudian masukkan minyak masak gaul ramas sebati.

2. Campurkan pewarna dan air  ( kalau nak tiga warna macam saya buat tu...bahagikan 1 cawan air sama rata kepada 3 bahagian dah titiskan pewarna).

3. Masukan tepung yang telah digaul ramas bersama garam dan minyak tadi ke dalam bekas campuran air dan pewarna kemudian gaul sebati ( again..kalau nak buat 3 warna macam saya tu jugak..bahagikan tepung kepada 3 bahagian lah yer...ha gitu..macam dalam gambar tulah).

4. Kacau sebati kemudian uli adunan tadi sehinga menjadi tanah liat buatan rumah yang owesome...(kalau rasa lembik ..jangan panik..hanya tambahkan tepung sedikit demi sedikit ketika menguli sehingga mendapat tekstur yang cantik)

Tadaaaa dah siap...resepi adunan ni bole dapat 3 ketul homemade playdoh sebesar penumbuk lelaki dewasa atau seorang ayah yang sihat dan kuat serta sangat penyayang. Oleh itu ayah2 abang2 pakcik2 sekalian amalkan lah gaya hidup sihat semoga menjadi model terbaik anak2...haaaa kan sepakej ku beri tuh!


image


Homemade playdoh ni sangatlah mesra kanak2...incase sicomel tu suka mengigit dik kerana imaginasi yang tinggi sewaktu main masak2..pun takpe..masih selamat..tiada bahan pengawet mahupun kimia2 segala.....semua bahan2 asas untuk membuat karipap jer tu kak besah..cuma telebih garam jer kaedahnye...sat agi nak masak garam plak tak ada... ngeh ngeh ngeh...


image


Orait untuk pastikan anak2 terus sihat cerdas dan cergas..bulan ni ada special omega guard buy 6 free 1...omega guard shaklee mengandungi minyak ikan tulen terbaik! Baik untuk kanak2 juga!

Daaa bulih enjoy ber playdoh!!

11 comments:

  1. macam menarik ^_^

    http://zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. menarik. my niece confirm suka ni. haha nak tryy

    ReplyDelete
  3. menarik nie.. boleh ajak anak2 buat ^_^

    ReplyDelete
  4. Mula2 tgk nampak menarik je kaler tuuu..ingatkan pau sbb x tgk entry title heheh
    jom blogwalking

    ReplyDelete
  5. thanks sebab share.. bolehlah try nnt..hihi
    http://mrsupham.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. cambest..masa kecik2 ayah pernah try gak main benda2 ni...hehe

    ReplyDelete
  7. Nanti tanah liat ni akan mengeras tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. tak keras. simpan dalam bekas bertutup.

      Delete

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu buat semua ibu2 walau dimana saja berada. Nikmati indahnya hari2 sebagai ibu. Hari ibu, semua orang boleh bergembira. Wala...