Saturday, 13 June 2015

Rendang Ayam Mudah Dan Senangje

Resepi rendang ayam yang sangat mudah dan senangje. Hanya menggunakan bahan2 yang ada di dapur saya sahaja. ^_^

Bahan2
1/2 ekor Ayam potong kecil cuci bersih
1 labu bawang merah*
4 ulas bawang putih*
4 tangkai cili merah*
2 batang serai*
1 camca jintan putih*
1 camca ketumbar biji*
1 in halia*
1 btg kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
100 ml santan kotak
2 sdb kerisik
4 helai daun limau purut
Garam gula sesedap rasa
Sedikit minyak utk menumis


Cara2
1. Blend bahan2 bertanda *
2. Panaskan minyak dan tumiskan rempah 3 sekawan ( pelaga, kayu manis dan bunga lawang).   
    Kemudian masukan bahan2 yang diblender kacau rata. Seterusnye masukan ayam dan curah 
    santan. Masukan sedikit air. Kacau gaul bagi rata. Tutup kuali dan masak guna api sederhana 
    sehingga ayam masak rata..kacau balik sekali skala supaya tak hangus
3. Apabila ayam hampir masak masukan kerisik dan perasakan garam dan gula...masukkan daun      
    limau purut yang disiat kecil. Tutup sebentar..kuah agak kering dah siap!

Senangje buatnye kan... hehee makan dengan nasi kering2 takyah buh kuah lain...omai sodap!

Rendang Ayam sedap mkan dengan nasi panas atau sejuk ^_^

Atau mungkin ada yang mencarik resepi rendang tanpa kerisik boleh klik sini. Yang ni pun sedap juga sehingga menambah nasi 3 kali. 

RENDANG AYAM SENANGJE

dah boleh riki2 resepi untuk bulan puasa dan hari raya ^_^
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

Kek Minyak Mudah dengan Noxxa

Tengok 'hantaran' kek minyak by mamamia2 kat pesbuk nampak sedap sangat. Teruja nak cuba juga. Maka dengan gigih semalam buat juga ...