Assalamualaikum pembaca budiman.
Alhamdulillah, sampai kita ke tahun 2020 ye.( dah masuk bulan yang ke-5 di tahun 2020 makcik baru nampak jalan kerumah ni. hahaha sabau ajelah ) Rezeki kurniaan Allah. Syukur diberi umur yang panjang. Moga diiringi dengan keberkatan bersama dengannya.
Istimewa sungguh tahun 2020 ni. (dengan kereta terbang tak terjadinya, dengan corona covid-19nya, dengan PKP, MCO, RMO nya ) Impian kita nak tengok kereta terbang tapi sebaliknya kita semua tak dapat pun hatta nak menaiki kereta akhirnya.
Kita telah dihambat oleh tentera corona hingga terpaksa duduk dirumah cuti beramai-ramai sambil merasa pengalaman hidup ala-ala pesara. Duduk di rumah beristirehat sambil menjaga keluarga.
Alhamdulillah syukur kepada Allah, akibat terpaksa duduk dirumah ini dapat pula kita menyambut Ramadan Al Mubarak 1441H dengan keadaan yang istemewa juga. Begitu banyaknya masa kita terluang dapat kita manfaatkan dengan beribadat dan merebut ganjaran pahala.
Selama ini kita terkejar-kejar dalam melakukan ibadah disamping tugasan aktiviti perkerjaan harian kita yang lainnya. Tetapi istimewanya ramadan tahun ini' kita dapat bertenang-tenang dan berpuasa dalam keadaan santai. Tidak lagi tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja selepas bersahur. Tak perlu kelam kabut menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. sebaliknya kita bertenang-tenang sambil menunggu azan dan seterusnya sama-sama menunaikan ibadah solat subuh berjemaah.
Manis. Pasti menjadi kenangan yang sangat manis.
Jadi jangan lepaskan peluang mencipta kemanisan ramadan kita ini dengan mengisi masa melakukan aktivit yang menambah pahala. Usah lebihkan tidur. Kuatlah untuk lebihkan masa berjaga dan mengisinya dengan aktiviti yang bermanfaat.
Antara aktivit merebut gajaran pahala berganda yang boleh kita lakukan di bulan ramadan:-
1. Berzikirlah - Subhannalllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar, Astarfirullah.
2. Perbanyakan berdoa memohon keampuan, dijauhi siksa kubur, azab api neraka, fitnah hidup dan mati juga fitnah dajjal.
3. Ayuh pujuk diri membaca alquran, bertadabur alquran,
4. Cabar diri membaca buku-buku ilmiah.
Moga ada yang bermanfaat, selamat beribadah semua.
makcik
syukur dapat menikmati kemanisan ramadan dalam PKP