Assalamualaikum..Salam Merdeka..Salam Dzulkaedah..
Kali ni nak share resepi rendang daging mudah dan senangje. Rendang daging ni saya buat sempena nak berpotluck dengan member mengaji. Kalau cerita pasal rendang ni memang macam2 versi dan resepi pun pelbagai.
Macam resepi rendang saya ni pun main campak2 dan depend on bahan2 yang ada di dapur aje. Main ingat2 je apa yang patut diletak dan harus ada untuk jadikan ia sekuali rendang..hihihi..alhamdulilah sedap pulak ^_^.
Tetiba ada pulak yang whatsApp bertanyakan resepi lepas pada berpotluck tempohari...jadi ada baiknye saya abadikan disini resepi dan sukatan rendang daging senangje tu untuk ingatan sendiri dah boleh digunapakai pada yang sudi. ^_^.
Jom cek resepinye.
Daging sekilo
Bawang Merah Besar 2 biji*
Bawang Putih 7 ulas*
Cili Besar 3 biji*
Halia 1 inci*
Lengkuas 1 cm besar syiling 50sen*
Serai 2 batang*
Jintan Kasar 1 sudu mkn*
Ketumbar 3 sudu mkn*
Rempah 3 sekawan..(pelaga, kayu manis dan bunga lawang)
Santan 100ml (saya guna jenama kara)
Gula Kabung (saya guna yg kecil 1 inc)
Kerisik 2 senduk nasi
Kicap masin sedikit untuk warna gelap rendang
Daun limau purut 7 helai mayang halus
Garam dan perasa secukup rasa
Itulah bahan2 dia yang saya guna pakai untuk rendang daging yang dilawankan dengan pulut kuning untuk potluck raya geng mengaji. ^_^.
Cara masaknya pun senang je..
1. Daging potong/hiris kecil..bite size
2. Blender semua sekali bahan bertanda star*
3. Panaskan kuali dan lebur bahan blender dan daging gaul rata...biar air daging tersejat dan kering
4. Selepas tu baru saya tambah minyak sedikit dah masukan rempah 3 sekawan...gaul mesra dan masukan santan, gula kabung, sedikit garam dan sedikit air paras daging tengelam semula..dan terus memasak hingga daging empuk dan air kuah agak kering
5. Lastly masukan kerisik dah kicap gaul rata...perasakan masin manisnye... biar kering dan daging empuk..
6. Lastly yang kedua,, masukan daun limau purut yang dimayang halus..dan taraaaa siap rendang daging senangje.. versi saya..^_^
P/s : petua nak bagi daging lembut ..biar air daging keluar dan kering baru tambah air....kalau tak ada periuk mahal pun boleh dpt daging lembut dan sedap...ni kakak ipar saya kak kirah yang remind..b4 this dah manja pakai noxxa :p)
No comments:
Post a Comment