Wednesday 2 November 2022

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini la peristiwa besar dalam hidup seputar 10 bulan di 2022

- Haji 1443H 

- Pertama kali berpisah lama dengan adik kakak

- Abah kembali ke negeri abadi 

- kakak dah ada IC 

Begitu masa laju meninggalkan kita. Semoga banyak lagi kebaikan yang dapat dilakukan untuk pengisian hidup.

 

(Daku. Yang masih tidak bertemu nickname yang cocok sesuai rasa diriku untuk menulis-nulis)













Sunday 25 July 2021

NORMA BAHARU

Salam Siang.

Pejam celik hampir 18 bulan duduk rumah berPKP PKPP PKPD PKP. Terkesan sungguhlah kehidupan biasa kita dengan kemunculan encik Covid19 ni. Semoga mahluk halus ini cepat berlalu dan reda la dari menghantui hidup manusia keseluruhannya.

Norma Baharu ni mencabar sekali. Duduk terperap dirumah, betul-betul rehat. YAng bijak reka peluang, ambil peluang, kandani hidup sebaiknya. Yang tak nampak peluang dan kecundang pun ramai juga.

Aduhailah sayang. Masa, tika sedang dilalui kadang diri terleka. Bila sudah hampir pergi baru terasa. Alamak alangkah bagus jika begitu begini tadi. Mengapa tak terfikir. Kan dah tak sempat. em begitulah.

SEmogalah masa lapang yang banyak ini tidak tersiakan. 


Sunday 3 May 2020

Cerita Menu Berbuka Minggu Pertama Ramadan 2020

Salam Ramadan.

Sekadar catatan kenangan juadah ramadan minggu pertama kami. Menu untuk 4 orang (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Kebanyakan menu minggu pertama ini adalah request daripada adik dan ayah. Mama dan kakak mengikut sahaja. kalau ikut mama makan kurma dan air masak la awak semua. Nasib-nasib makan telur kicap sahaja. hehehe. 

Ok mari kita layan mata dengan menu yang sekadarnya. Gambar pun tungang tebalik. MasyaAllah. Sejak masuk siri makcik-makcik makin kelaut dalam setting blog ni. Namun ku teruskan jua anak-anak semua ya.

Jom check it out
gambar air sirap saja yang tergamak nak send kat grup AE&CO
Ramadan Pertama, menu berbuka kami roti john (support bisnes cikgu tuisyen adik), roti jala (permintaan ayah) air sirap (adik request) jiran bagi soto (sehinga tarikh ini, masih ada lagi dalam peti ais tidak berusik)


Ramadan ke-2, kami berbuka dengan donat, popiah, mee goreng pastu tak ingat pulak apa lagi, oo dan air laici dan pizza homemade crust keras tapi sedap.

air laici yang tingal gelas hujung-hujung snap pic nak send kat grup ae&co

Ramadan ke-3, kami makan ayam paprik dan ulang donat dan popiah. 

Ramadan ke-4,kami berbuka dengan bihun goreng dan ayam masak taiyoob. (interesting ayam ni nanti boleh share resepi bila jumpa gambar yang cantiik dia) keropok lekor dan air tealive.



Ramadan ke-5 buat serunding untuk nasi ambeng tapi sempat la buat pulut serunding untuk rasmikannya

pulut serunding


Ramadan ke-8, menu Juadah berbuka dengan Nasi Ambeng. dapatlah berbahagi dengan jiran-jiran. tetapi minta ampun dia punya penatnya nak siapkan 7 jenis masakan dalam masa 3 jam kat dapur. Biasa masak berbuka setengah jam ke sejam saja. Nasib berbaloi dengan rasanya. Syukur.


begini la rupanya nasi ambeng yang dah siap sedia untuk di ngap. terdiri daripada nasi putih, mi goreng simple, sambal goreng, tahu tempe kicap, ayam ungkep, serunding dan ikan masin bulu ayam. Nikmat tuhan yang mana hendak kau dustakan.

ini menu Menu Ramadan ke-4


menu Ramadan ke-5


asam pedas ikan pelaling pada Ramadan Ke-5 yang terlajak pedas. Cili kering itu sangat la pedasnye


ayam taiyoob leftover yang tak habis-habis sehingga Ramadan ke-9 ada lagi seketul kecil dan terpaksa sedekah kepada ulat

aiskrim padle pop makni belanja

menu Ramadan ke-6, fetucini dengan sos krim keju dan herb, ulangan popiah dan donut prozen 

Menu Ramadan ke-7 
Ramadan ke-7 kami order set ayam panggang black pepper dari jiran (support bisness jiran). sangat sedap. pembaca boleh search di facebook Baked By Bynas #bakedbybynas. Memang sedap dan ada pelbagai set menu antaranya kambing bakar lada hitam. Meatball pun ada insyaAllah sedap sangat sesuai untuk menu berbuka.


cukbadak dan keria yang cantik kejadiannya sebelum digoreng

kuih keria ramadan ke-8 yang sipi-sipi kategori masakan group MATJHI

Ramadan ke-9, kami berbuka dengan megi goreng, popiah, ayam gunting ala uncle bob, keropok lekor dan Alhamdulillah, rezeki yang allah beri melalui jiran, nasi arab kambing yang Subhannallah MasyaAllah sedap yakmat dan juga pulut kuning rendang ayam juga dari jiran yang berlainan (yang ni masih dalam petiais bersama soto ramadan pertama).

Maka, nikmat tuhanmu yang mana hendak kau dustakan. Allahuakhbar.

Sekian kenangan juadah ramadan minggu pertama kami.

Makcik.
Syukur Alhamdulillah.



Friday 1 May 2020

Ramadan Nur Karim 2020/ 1441H

Assalamualaikum pembaca budiman.

Alhamdulillah, sampai kita ke tahun 2020 ye.( dah masuk bulan yang ke-5 di tahun 2020 makcik baru nampak jalan kerumah ni. hahaha sabau ajelah ) Rezeki kurniaan Allah. Syukur diberi umur yang panjang. Moga diiringi dengan keberkatan bersama dengannya.

Istimewa sungguh tahun 2020 ni. (dengan kereta terbang tak terjadinya, dengan corona covid-19nya, dengan PKP, MCO, RMO nya ) Impian kita nak tengok kereta terbang tapi sebaliknya kita semua tak dapat pun hatta nak menaiki kereta akhirnya.

Kita telah dihambat oleh tentera corona hingga terpaksa duduk dirumah cuti beramai-ramai sambil merasa pengalaman hidup ala-ala pesara. Duduk di rumah beristirehat sambil menjaga keluarga.

Alhamdulillah syukur kepada Allah, akibat terpaksa duduk dirumah ini dapat pula kita menyambut Ramadan Al Mubarak 1441H dengan keadaan yang istemewa juga. Begitu banyaknya masa kita terluang dapat kita manfaatkan dengan beribadat dan merebut ganjaran pahala.

Selama ini kita terkejar-kejar dalam melakukan ibadah disamping tugasan aktiviti perkerjaan harian kita yang lainnya. Tetapi istimewanya ramadan tahun ini' kita dapat bertenang-tenang dan berpuasa dalam keadaan santai. Tidak lagi tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja selepas bersahur. Tak perlu kelam kabut menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. sebaliknya kita bertenang-tenang sambil menunggu azan dan seterusnya sama-sama menunaikan ibadah solat subuh berjemaah.

Manis. Pasti menjadi kenangan yang sangat manis.

Jadi jangan lepaskan peluang mencipta kemanisan ramadan kita ini dengan mengisi masa melakukan aktivit yang menambah pahala. Usah lebihkan tidur. Kuatlah untuk lebihkan masa berjaga dan mengisinya dengan aktiviti yang bermanfaat.

Antara aktivit merebut gajaran pahala berganda yang boleh kita lakukan di bulan ramadan:-

1. Berzikirlah - Subhannalllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar, Astarfirullah.
2. Perbanyakan berdoa memohon keampuan, dijauhi siksa kubur, azab api neraka, fitnah hidup dan mati juga fitnah dajjal.
3. Ayuh pujuk diri membaca alquran, bertadabur alquran,
4. Cabar diri membaca buku-buku ilmiah.

Moga ada yang bermanfaat, selamat beribadah semua.

makcik
syukur dapat menikmati kemanisan ramadan dalam PKP


Friday 7 December 2018

Muar bandar di Muara Sungai

Kalau ke bandar muar time ada pesta or kembara mahkota johor memang banyak la xtvt kat tanjung emas.

Yang kami sempat terserempak time balik cuti di kampung tempohari hanyalah pertandingan kayak dan power boat. Time Power boat tak tergerak nak ambil gambar pula. Apa pun tak boleh 😂😂

Sarapan Gaya Muar

Lamanya tak tulis2 kat sini. 😮

Antara xtvt paling mencabar yang kami sempat buat sempena balik kampung cuti sekolah 2018 tempohari.

Xtvtnye hanya sarapan pagi. Haha kesian. Tapi memang cabaran la tu pagi2 nak ke muo semata-mata nak makan sarapan. Gigih sangat hanya untuk tujuan itu. (Padahalnye kalau dah rumah di daerah Muar tu memang kompom la itu dah pasti gaya muar kan? ke bukan? 😞)

Walaupun orang muo tapi ini baru kali ke-3 saya bersarapan gaya Muar di bando muo. (Sepanjang hidup dimuo tu dulu sarapan gaya apa kalau bukan gaya muo ek😞 maybe yang tu dipanggil gaya bebas melak 😛)

Thursday 6 September 2018

Singgang Sotong

Kawan-kawan belah pantai timur mesti cakap ni lauk peberet. Tapi yang tak pantai timur ni, ni firstime try masak lauk singgang ni. Yang tak menahannya punyalah nak cuba je, jadi masak guna seekor je sotongnye. Sekali tu aiseyyyy sedap la pulakkk. Tak cukup la duk hirup kuah je la puasnye.

Singgang sotong ni memang lauk sihat. Sesuai la untuk jaga kesihatan. Syaratnya makan berpada-pada la tapi. Huhuhu. Tapi kalau dah sedap payah pulak nak sedar diri time makan tu. Huahuahua.

Resepi singgang sotong saya ni resepi dia macam kat bawah la. Pasti ada kurang sini sana maklum yang masak pun bukan ahlinye kan.

Sotong (seekor. Hahaha)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Cili api
Asam keping
Garam
Perasa
Air secukupnya.

Potong-potong semua lebur dalam periuk tengek atas dapur. Dah didih sotong masak perasakan masam masin lemak-lemak sedap dia.. setel.

Yeay boleh makan.

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...