Saturday 24 January 2015

Cekodok Ikan Bilis Default

Salam Pagi Sabtu!

Bangun pagi badan rasa tak sihat. Selsema melanda. Cargas makan vitamin C sustained releace...oh tak cukup dengan itu tambah lagi dengan segelas ESP ribena nyum nyum nyum...

Moga harini terus sihat dan bertenaga untuk bergembira menikmati cuti hujung minggu.

Ehehehe nak cita pasal cenkodok ikan bilis default yang sebenarnya.  Semalam borak borak kat wasap grup terasa rasa sedapnye aroma cekodok ikan bilis ni.

Ok saya kongsikan resepi sempoi dia okeh!

2cwn tepung gandum
Segengam ikan bilis bersihkan /belah2
2 bj Bawang merah dimayang .(oleh kerana bawang jenis kecil saya letak 2 biji)
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Mix kan semua...gaul rata dan goreng agak2 golden manja2 tu masak dah tu.

Siap! Cekodok ikan bilis default.

Thursday 22 January 2015

Vivix, Alfalfa, Vitalea For Children : Promosi January Yang Menghampiri Penghujung!

Salam Sejahtera.
 

Diam tak diam January semangkin ke penghujung. Rasanye seperti baru semalam celebrate new year dengan peristiwa banjir yang luar biasa. Sekarang ini cuaca sekejap panas sekejap mendung dan akhirnya hujan tak turun turun. Tetapi cuaca di sesetengah tempat sejuknye bukan main main. 

Vivix buy 6 free 1

Situasi January menghampiri penghujung ni jangan lupa ya, promosi yang sangat AWESOME juga semakin tiba ke datelinenye. VIVIX, ALFALFA dan VITALEA FOR CHILDREN semakin menghampiri tarikh tamat promosinye. Sekarang ini jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan vivix, alfalfa dan vitalea for children dengan harga runtuh yang sangat berbaloi untuk nilai wang anda. 

bukan setakat itu sahaja keahlian percuma juga boleh anda perolehi dengan pembelian hebat vivix beli 6 percuma satu. 



Alfalfa (L) & (S) buy 6 free 1

Atau anda mahu mendetok badan seluruh ahli keluarga? pun boleh. Dengan  Alfalfa (L) atau (S) pembelian jimat bulan ini beli 6 percuma 1. awal  tahun ni ramai sanak saudara yang mendapat ahli baru ke dalam family anda?. why not hadiahkan ibu ibu yang sedang menjalani tempoh berpantang itu dengan alfalfa.  Manfaat Alfalfa sememangnya terlalu banyak dan bagus untuk ibu ibu dalam tempoh berpantang ni. antaranya sebagai milkbooster, agen detoksifikasi mengelakkan sembelit ketika berpantang, dan bertindak seperti kacip fatimah.


Ibu bapa yang mementingkan dan mengutamakan kesihatan anak anak juga jangan ketinggalan untuk mendapatkan Vitalea For Children. Multivitamin yang sangat berharga mengandungi 18 zat-zat penting untuk pertumbuhan sihat simanja. Kanak-kanak kini sangat terdedah dengan makanan rapu yang terlalu mudah di perolehi di pasaran. Ditambah pula dengan anak yang sangat sangat memilih makanan dan tidak gemarkan sayur sayuran memang sesuai sangat ibu bapa bersedia dengan mutivitamin yang mengandungi multimineral antaranya vitamin A, C, D, Niacin, B 6, E, biotin, Folate, Zinc, Iron dan vitamin B12


Daa dulu info untuk bulan ini. jangan terlambat untuk rebut peluang keemasan ini. Saya akan sentiasa kongsikan maklumat dengan anda.


#sekadar renungan :- Ehehehe bulan lepas sehabis saja tamat tempoh promo vitamin C SR dan E ramai pula yang bertanyakan ia.  Kan kesian tu. :|


Tuesday 13 January 2015

HARI KEDUA KE TADIKA


Disubuh yang bening..

Mama    : Kakak bangun...sayang bangun,,kakak 
Kakak    : Aaa mata kakak tak boleh bukak punnn
Mama    : Cepat bangun acik kinah(transpoter yg dicarter) tunggu nanti..
Kakak    : Aaaaa
Mama    : cepattt
Adik      : nak nyenyen (mama no responded)
                ........... Mama nak nyenyennnn...
Mama    : kejaplah dik, kakak nak school ni..

Huhuhu adegan pagi kedua nak kesekolah. Dalam hati kasihan sangat nak paksa anak bangun pagi pergi sekolah. Tapi kalau itu yang terbaik wajiblah kena gagah kan diri dan kuatkan hati. Usaha usaha usaha kakak. Jadi insan berguna sayang untuk agama bangsa dan negara. Gitu.

Tuesday 6 January 2015

Kuih Ketayap Mudah Dan Senangje

Balik kampung tempoh hari ada termakan kuih ketayap. Tapi sebab orang bagi, tak dapatlah pulun makan banyak. Hehehe.. malam ni tetiba rasa nak buat. Lagipun inti kelapa dah stanby dari semalam. Macam mana nak kurus.....adehhhh

Jom layan resepi campak2 sesuka hati. Inti ni sesedap rasa manis dia. Ke termaniss....hehehe entahlah..ni main campak sesuka hati dengan daun pandan pun tak ada. Kalau ada daun pandan lagi marbeles kata bebudak la.

Untuk inti Kelapa
Kelapa parut setengah biji
Gula setengah cawan
Gula merah secawan
Garam secubit
Setengah cawan air
Sesudu tepung gandum

*Larutkan gula dan gula merah dalam kuali dengan api sederhana. Masukan air setengah cawan dan garam. Biar gula larut dan masak seketika. Kemudian masukan kelapa parut. Gaul rata dan biar kering sedikit, kemudian taburkan tepung gandum gaul sebati. Dah siap inti kita.

Untuk Lempeng/Kulit Ketayap
(Versi campak2 memang tak sukat pun. Sesuka dihati. Lain kali kita bagi sukatan ye)

Tepung Gandum
Garam
Air
Pewarna Hijau

*Campur semua bahan, wisk sehingga sebati dan tepung tidak berketul. Panaskan kuali dan lencerkan sedikit minyak. Kemudian tuang sesenduk adunan. Goyangkan kuali sehingga lempeng terbentuk bulat. (Api kecik je) dah masak terbalikkan seketika dan angkat. Letakkan sedikit inti kelapa dan gulung. Siap. :p senangje kan.

Selamat la mencuba. Seriusly memang sedap. Kalau suka la. huhuhu.


Sunday 4 January 2015

Nilai Hebat Untuk Wang Kita Januari 2015

Vivix buy 6 free 1

buy 2 get less 5%

Alfalfa buy 6 free 1
buy 2 get less 5%

Vita-lea Chewable
buy 3 free 1


Friday 2 January 2015

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...