Sunday 3 May 2020

Cerita Menu Berbuka Minggu Pertama Ramadan 2020

Salam Ramadan.

Sekadar catatan kenangan juadah ramadan minggu pertama kami. Menu untuk 4 orang (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Kebanyakan menu minggu pertama ini adalah request daripada adik dan ayah. Mama dan kakak mengikut sahaja. kalau ikut mama makan kurma dan air masak la awak semua. Nasib-nasib makan telur kicap sahaja. hehehe. 

Ok mari kita layan mata dengan menu yang sekadarnya. Gambar pun tungang tebalik. MasyaAllah. Sejak masuk siri makcik-makcik makin kelaut dalam setting blog ni. Namun ku teruskan jua anak-anak semua ya.

Jom check it out
gambar air sirap saja yang tergamak nak send kat grup AE&CO
Ramadan Pertama, menu berbuka kami roti john (support bisnes cikgu tuisyen adik), roti jala (permintaan ayah) air sirap (adik request) jiran bagi soto (sehinga tarikh ini, masih ada lagi dalam peti ais tidak berusik)


Ramadan ke-2, kami berbuka dengan donat, popiah, mee goreng pastu tak ingat pulak apa lagi, oo dan air laici dan pizza homemade crust keras tapi sedap.

air laici yang tingal gelas hujung-hujung snap pic nak send kat grup ae&co

Ramadan ke-3, kami makan ayam paprik dan ulang donat dan popiah. 

Ramadan ke-4,kami berbuka dengan bihun goreng dan ayam masak taiyoob. (interesting ayam ni nanti boleh share resepi bila jumpa gambar yang cantiik dia) keropok lekor dan air tealive.



Ramadan ke-5 buat serunding untuk nasi ambeng tapi sempat la buat pulut serunding untuk rasmikannya

pulut serunding


Ramadan ke-8, menu Juadah berbuka dengan Nasi Ambeng. dapatlah berbahagi dengan jiran-jiran. tetapi minta ampun dia punya penatnya nak siapkan 7 jenis masakan dalam masa 3 jam kat dapur. Biasa masak berbuka setengah jam ke sejam saja. Nasib berbaloi dengan rasanya. Syukur.


begini la rupanya nasi ambeng yang dah siap sedia untuk di ngap. terdiri daripada nasi putih, mi goreng simple, sambal goreng, tahu tempe kicap, ayam ungkep, serunding dan ikan masin bulu ayam. Nikmat tuhan yang mana hendak kau dustakan.

ini menu Menu Ramadan ke-4


menu Ramadan ke-5


asam pedas ikan pelaling pada Ramadan Ke-5 yang terlajak pedas. Cili kering itu sangat la pedasnye


ayam taiyoob leftover yang tak habis-habis sehingga Ramadan ke-9 ada lagi seketul kecil dan terpaksa sedekah kepada ulat

aiskrim padle pop makni belanja

menu Ramadan ke-6, fetucini dengan sos krim keju dan herb, ulangan popiah dan donut prozen 

Menu Ramadan ke-7 
Ramadan ke-7 kami order set ayam panggang black pepper dari jiran (support bisness jiran). sangat sedap. pembaca boleh search di facebook Baked By Bynas #bakedbybynas. Memang sedap dan ada pelbagai set menu antaranya kambing bakar lada hitam. Meatball pun ada insyaAllah sedap sangat sesuai untuk menu berbuka.


cukbadak dan keria yang cantik kejadiannya sebelum digoreng

kuih keria ramadan ke-8 yang sipi-sipi kategori masakan group MATJHI

Ramadan ke-9, kami berbuka dengan megi goreng, popiah, ayam gunting ala uncle bob, keropok lekor dan Alhamdulillah, rezeki yang allah beri melalui jiran, nasi arab kambing yang Subhannallah MasyaAllah sedap yakmat dan juga pulut kuning rendang ayam juga dari jiran yang berlainan (yang ni masih dalam petiais bersama soto ramadan pertama).

Maka, nikmat tuhanmu yang mana hendak kau dustakan. Allahuakhbar.

Sekian kenangan juadah ramadan minggu pertama kami.

Makcik.
Syukur Alhamdulillah.



No comments:

Post a Comment

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...