Friday, 26 September 2014

Segmen The Kufazuke Show: Ini Adalah Aku!

image

The Kufazuke Show

Assalam...
Saja menyahut cabaran kufaz...
Kawan kawan yang nak join boleh la gi link atas tu.. the kufazuke show tuh..
..jom ramai2 sahut cabaran..
.erkk saya chop hadiah no 2 tau....lately ni tangan2 yang patah ni rasa sakit n sengal2.(saja bold bg kufaz nampak)..overdose wat kija ke hapa ni...sayang bulih ker i isi form cuti wat homework... ihihihihi bulih ker sayanggggg..ehehehe

Inilah barisan kita...lalalalalala...

Bismillahirohmannirrohim... dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha mengasihani ...
Segala puji bagi Allah..tuhan Semesta alam..maha pemurah lagi maha penyanyang yang menguasai hari pembalasannnn...hanya kepada mu kami memuja mu..hanya kepadamu kami mohon pertolongann...
Tunjukilah kami jalan yang lurus..iaitu jalan orang orang yang kau kurniakan nikmat kepada mereka...
Dan bukan jalan orang yang kau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat....

Terngiang dengar anak2 asik menyanyiii..

Erk kaitannn...

Saja nak show off..bluekkk

Okiey nak sambung jawap soklan kufaz...(sedap pulak nama kufaz ni...emm next baby la..bulih kut)

- Jika anda punyai sejuta ringgit, apakah anda akan buat dengan duit tersebut?

SEJUTA!!!!!
hui tak pernah termimpi ada RM1,000,000.00 dalam simpanan....tapi ..hehe pernah berangan jika dan hanya jika ada rm1juta..

Petama tama skali memang nak pergi haji lah..
Kedua nak derma rm100 ke setiap rumah anak yatim (erk rm100 jer...yer..tp setiap rumah anak yatim satu Malaysia ni...alahai ni kan hanya jika kan ..agak2 rumah anak yatim ada berapa kat Malaysia ni (Kufaz cer wat segmen baru pasal tuh)..dont border ler...;p)
Ketiga..erk..ada ketiga ker..cukup ker rm1juta td nak derma ke setiap rumah anak yatim kt malaysia ni tadi...lalalala

- Apakah anda akan buat apabila dalam keadaan stress atau sedih?

Selalunye ..dulu2 sebelum sampai tarikh 3hb Februari 2014 saya akan call dan bergayut dengan mak mengadu..lepas dengar tazkirah baru wat benda benda lain..ikut apa yang mak sarankan...tp lepas tarikh tu...terus gi bilik air amik wuduk n bentang sejadah..ngadu terus direct dengan Allah. Ampunkan aku ya Allah.

- Apakah memori paling indah anda ada bersama ibu/bapa/famili anda?

Semua!!!!..seumur hidup mak dan abah semuanye adalah kenangan terindah!!!

Apabila sudah bekeluarga ni..semua yang dah berlaku bila dikenang2 semuanye indah2 belaka..tengok anak main pondok2 pun indahnyeee

image

...orait...hopefully dah jawap kesemua soalan dalam
Segmen Kufazuke Show: Ini Adalah Aku

Yg like2 tu done already..

Jom2 kita ramai2 berebut hadiah segmen ni...berbaloi baloiiiii


******
Sy chop hadiah no 2 tau...;p





Wednesday, 24 September 2014

Segmen Saya Sayang Blog Saya

image

Ok kali ni nk join segmen saya sayang blog saya by ayu ;) plak!

For those yg nak join leh lah klik link tas tuh

Dateline 30/9/14.

Umur Blog SENANGJE ni kalau kira umur manusia dah leh g tadika sepatutnye...
Sepatutnye la...

Kalau ikut umur blog.........Rakan sebaya ada yang dah jadi professor ...huhuhuhu..

Apapun saya sayang je blog saya ni.♡. Titik.

Monday, 22 September 2014

Ayam Popcorn Untuk Si Comel

image

Salam Isnin yang ceria...

Harini memang cemerlang sungguh..
sepagi pagi dah ke taman dengan kanak kanak riang ribena..

image

Seronok sangat diaorang dapat lepas sangkar..dalam waktu2 yang rare macam ni.....rare la sangat.. :p

Selalu memasing pakat layan upin & ipin..n pesan atok jer..huhuhu

image

image

Aaa....yang sebenar nak share resepi mudah n senangje..

AYAM POPCORN SENANGJE
Bahan2
Seketul dada ayam (potong kiub)
Bawang putih seulas (cincang halus)
Secubit garam
Secubit kunyit debu/serbuk
3 sdb tepung gandum
2sdb tepung ubi
1sdb tepung beras
Minyak untuk mengoreng

Cara2
Gaulkan bersama semua bahan diatas sehinga mesra dan sebati..:D
Kemudian goreng sehingga keemasan...vahhh golden golden gitu...
Angkat dan hidang...

Pssst../:..Ni menu untuk anak kecil comel2..thats y tak mengandungi bahan2 yang sesedap rasa tuh..kalau kome2..mika2 ..hang2..aok2 engkorang suma yang nak menikmatinye..bulihlah buh perasa yang mabeles like..pakajinomoto...lada sulah..maggi cukup rasa..dan yang sewaktu dengannye..

Daaa selamat mencuba...

:D

*********
Nak bli shaklee bulih jengok makcik ni
Kalau segan wasap i pun bulih :D
0176622402

image

Saturday, 20 September 2014

LIEBSTER AWARD!

LIEBSTER AWARD!
First time kena tag ni! Adehhh gementar ni..gimana mau reaksen ini...gulp ada ker word 'reaksen'.. agagaga..anyway thanks to Rosmiza Binti Ali , sudi tag untuk segmen LIEBSTER AWARD ni.

image

Bersyarat2 bagai pulak ni..eheheh
jom chekedaut apa dia syarat2 LIEBSTER AWARD ni;

Syarat2
1. Nyatakan blogger yang telah mencalonkan anda untuk menerima LIEBSTER AWARD dengan backlink ke blog mereka. (Ok yang ni dah wat kat atas tuh)

2. Jawab 11 soalan yang ditanya. (Kalau soklan bocor ni ..kena ulang semula ..memang menaya nih!!)

3. Calonkan 11 blogger lain. (Allah...sapa nak ku jadikan mangsa keadaan nih)

4. Hasilkan 11 soalan untuk dijawab oleh 11 blogger yang terpilih. (Yang ni leh cek kat bawah karang)

5. Maklumkan rakan blogger bahawa dia menerima LIEBSTER AWARD ini. (Liebster award ni bersyarat..dah tu pulak kenalah bagi isyarat..tidak kalu takdok la dipanggil liebster award kut ..:p)

Jom intai soklan2 yang cik puan Rosmiza Binti Ali ajukan pada blogger2 pilihan hati beliau nih..(tengkiu2 pick me from the million list...... terharu sob sob sob)

Apakah Perasaan Anda Apabila Di Nominate Untuk Menerima LIEBSTER AWARD?
Terkejut..tak sangka..happy..thanks a lot..

Pendapat Anda Tentang LIEBSTER AWARD?
Bagus jugak liebster award ni ..dapat membantu blogger yang baru nak mula berblog ..dan juga blogger lama yang terkantoi tak update2 blog cam saya nih..lol

Port/Tempat Paling Santai Untuk Berblog?
Kalau saya tak kira tempat...kat meja makan..sambil tengok tv..sedang2 bf baby pun jadik kalau ada idea...biasanye bila anak2 dah tidur barulah santai nak berblog....tapi time tu mata pun dah santai2 nak terkatup..;p

Definisi Santai Bagi Anda?
Santai= relax tanpa ganguan..aku dan diriku.

Antara Korea & Jepun, Mana Satu Pilihan Percutian Anda? Kenapa?
Saya teringin nak ke Korea nak pergi pulau Jeju yang macam best dalam cerita korea tu..dan nak rasa kimci original korea...pernah beli kimci buatan malaysia...tapi tak dapat ubati keinginan nak rasa kimci korea...yang macam sedap sangat aktor korea makan dalam drama tu..gitew..

Aaaa.. tapi saya nak g Jepun jugak nak tengok tempat Rhu Watanabe yang dalam buku cerita..Hatiku Di Harajuku tuh.. tulisan Ramlee Awang Murshid..tu..

Apa Pandangan Anda Tentang Seorang Fulltime Blogger?
Sangat respek dengan blogger fultime yang dapat hasil ribu riban..mereka memang sangat owesome dalam me'manage' diri dan life.

Antara Shopping & Menonton Wayang, Yang Mana Satu Jadi Pilihan? Kenapa?
Aaa ..dua dua bukan pilihan..saya tak suka shoping..menonton pun tidak...saya suka tanam2 pokok..cuba2 resepi...duduk2 tepi pantai or taman2 menghirup udara nyaman..yer itulah yang saya pilih..

Perkara Wajib Yang Anda Mesti Buat Sebelum Tidur?
Cek pintu dah kunci ke belum dan matikan lampu yang tak bertugas waktu tidur.

Perkara Pertama Yang Anda Buat Selepas bangun Tidur?
Masak air

Nyatakan Ciri2 Blog Yang Anda Suka Baca.
Blog yang santai gaya tulisannye..
tidak terlalu rude
Tidak terlalu skema
Otherwise i blasah jer baca asal menarik and ada informasi yang i cari..:p

Pendapat Anda Tentang Blog Ini?
Blog Rosmiza ni memang sempoi gaya tulisan..n cara penyampaian pun best...toceh toceh..pilih saya untuk list liebster award ni..♡♡♡

Ok sekarang kena sedia 11 soalan untuk 11 blogger yang bakal saya tag...soalan mudah jer...sambil senyum2 pun boleh jawap..

1. Perkenalkan diri anda..
2. Apa aktiviti yang paling anda sukai selain berblog?
3. Apa yang anda suka tentang diri anda?
4. Keluarga dan teman..yang mana keutamaan?
5. Ibu dan ayah..siapa anda paling rapat dengan?
6. Bila Saat yang anda idamkan?
7. 2 perkataan tentang kehidupan anda..
8. Apa Drama tv yang pernah anda tonton dan paling meningalkan kesan dalam hati?
9. Blog yang tak pernah anda miss baca setiap entri? Kenapa?
10. Sila list 2 blog yang patut saya follow..
11. Apa istimewa blog tersebut?

Aaa tu dia soalan yang mudah lagi kacang untuk mereka yang terpilih...

Mari kita tengok siapa yang kena...

1. http://cikmatahariku.blogspot.com/?m=1

2. http://mizzamni.blogspot.com/?m=1

3. http://yatiadam.com

4. http://cikna136.blogspot.com/?m=1

5. http://www.dianarashid.com/?m=1

6. http://farhanazafirah.blogspot.com/?m=1

7. http://meowmeow-hitam.blogspot.com/?m=1

8. http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/?m=1

9. http://izatie91.blogspot.com/?m=1

10. http://win-macam-macam.blogspot.com/?m=1

11. http://akusukatulisblog.blogspot.com/?m=1

Kepada tuan blog yang tertag ni.. selamat mengenalpasti blog anda...selamat ber Liebster Award.

****Aaa da jawap soklan nanti link ke komen ler..nak intai jawapan kome suma..;p

Saturday, 13 September 2014

Cara Daftar Menjadi Ahli Shaklee

image

Mendaftar Sebagai Ahli Shaklee

Bagaimana caranya!!??
Mudah saja.

Caranya ialah dengan Yuran Pendaftaran hanya RM65 + RM10 kos pos.

Dengan yuran ini, anda akan mendapat BUSINESS KIT yang mengandungi katalog, product guide dan sistem bisnes.

ATAU

Cara percuma, buat pembelian dalam 1 RESIT sebanyak 200 point UV (Unit Value).

Ini bersamaan dengan RM650 anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM75) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+).

Penjimatan sehingga RM100+.

ATAU

Tunggu ada promosi mana2 produk shaklee yang menawarkan keahlian percuma..:D

Atau nak maklumat lanjut klik sini

image

Friday, 12 September 2014

Segmen Ben Ashaari : Aku , seorang BLOGGER !

Assalam...

Segmen Ben Ashaari : Aku , seorang BLOGGER !

image

Segmen Ben Ashaari ..aku seorang Blogger

Argh sudahh..tejebak dengan segmen en ben dah pulak ni..huhuhu...dateline 12/9/14 jam 6....6pg ker ptg..

Jawapan untuk no 3..
Peranan saya sebagai seorang blogger adalah untuk kongsikan maklumat dan cerita yang saya tahu dan berprofile tinggi mungkin memberi manfaat juga kepada yang lain ...ngeee...isu utama yang ingin tekankan terutamanye sekarang ni...jangan abaikan perasaan anak anak ...yang mana stress UPSR soklan bocor tu tenangkan mereka..jangan ikut hanyut dengan stress...ketentuan Ilahi tentu ada hikmahnye..:)

Jawapan no 4
Ahahaha..belum dapat ribuan ringgit pun saya tak berkerja dengan majikan..kalau beribu riban pendapatan lagilah tak kut...kalau sebut bisnis.. saya akan rialisasikan kedai kopi impian saya dengan hasil ribu riban berblog tu la..pastu bolehlah bloger2 suma lepak kedai kopi saya sambil berblog dan sama2 menjana pendapatan...erkkk ayat apakah ni...

Jawapan no 5
Harapan saya semoga dunia blog ini akan terus berkembang sihat..dengan isu isu sihat lagi bermanfaat ...ahahaha

majulah sukan untuk kesihatan!

Salam ceria..untuk kita2 aje :)

Thursday, 11 September 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger !

Impian Ku, Seorang Blogger !!!!

image

Selalu baca je blog en ben...sesekali tingal komen ...aaaaa..tu pun tak tau ada publish ke takde publish tu komen ..;p

Arahan en ben untuk  ikut serta bersegmen pun cam senang jer.. tegerak pulak nak bersegmen sekali ...eden toray yo.

1. No satu punya arahan dah buat kat atas tu..copy header katanye...

2. No dua en ben suh 'Ceritakan serba sedikit latar belakang korang, secara ringkas'. Kalau latar belakang secara ringkas bunyi nye begini..

" seorang wife, mama kepada 2 puteri, menjana pendapatan dari rumah.."

3. No tiga en ben suh 'Ceritakan juga kelebihan blog korang ! Kenapa blog korang patut jadi pilihan rakan pembaca ! Ahaaa… Jangan panjang panjang yer'..
suh cerita tapi jangan panjang2, camane nak bagi pendek ni..so begini sajalah bunyiknye..

" Sendiri pun tak tau apa kelebihan blog. Boleh gitu...tetapi pada yang nak cari resepi ringkas dan mudah bolehlah scrol2 sikit..kalau nak tahu produk shaklee bulih gak intai2 sikit sini...asas saja pun..ahahaha..pensan.."

4. No empat en ben suh 'Bagitau pada rakan pembaca , apa impian korang bila jadi blogger ni.. Kot la nak dapat handphone percuma ke.. Gi melancong percuma ke.. Jadi retis ke.. Haaa.. cer citer , cer citer…'
Suh cerita impian...impian yer...impian...kalau impian

"Impian .....berbelog ni tujuan asalnye dulu nak share resepi n cerita dengan siblings jer..hari berganti hari tahun berganti tahun..persekitaran berubah..tujuan asal blog pun berubah....ahahaha tu yang bulih terbit cerita shaklee sikit2...impian ea..impian..kalau impian..gi melancong best jugak...jadik retis..takdok dalam senarai lansung...dapat handphone..whoaaa syok gak klu dapat tu...tapi untuk impian jangka pendek ni..impian saya ialah untuk terpilih dalam segmen ben ashaari..impianku sebagai blogger!!!...aaa tulah impian saya."

5. Ke lima en ben suh 'Submit entri korang dan copy pastekan link entri tu , di ruangan komen ni ..' ok baik saya buat ye...

Saya dah buat ye. :D

Ada yg nak ikut join ker..klik segmen ben ashaari ni.

Friday, 5 September 2014

SET KEHAMILAN SHAKLEE

Set Kehamilan Shaklee

Assalam..ini kali nak cita pasal set kehamilan pulak. ;)

Saat hamil antara saat yang paling indah dalam hidup seorang wanita. Nak2 saat saat berlakunya gerakan gerakan kecil dan tendangan ala2 ninja dari dalam perut tu. Owhh so sweet!!♡♡♡...untuk tendangan padu itu menjadi lebih padu..bakal mama mama perlu mendapatkan nutrisi yang lengkap....

Nutrisi lengkap diperolehi dari pemakanan yang juga lengkap mengikut piramid makanan...

image

Tapi kan..kalau dah pregnant tu of couse ler ada alahan dan tak lalu nak makan segala. Makan makan muntah. Nak lagi best belum sempat makan dah muntah. Ahahaha tak ke pening tu..badan pun weak saja la. Segala kerja tak menjadi..

Jalan mudah bulih lah dapatkan supliment untuk membekalkan tenaga. Ahaha jalan mudah ker tuh. Tak juga..tu jalan selamat namanye. Shaklee ada set kehamilan bagus punye.

Set kehamilan shaklee ni untung sangat kalau beli. Bukan jer guna untuk time hamil jer...sebelum...sedang..dan sesudah pun always available.. set ini bulih jadikan mommies mommies ceria, aktif, sihat & gembira sepanjang kehamilan sebab nutrisi badan dah ditampung segala keperluannye dgn set ini. Kalau tak lalu makan akibat meloya time first trimester hamil tu, selamat dah dgn set kehamilan shaklee ni.

Jom kita tengok dulu apa kandungan dalam set tu..(kandungan set..ye bukan kandungan dalam perut tuh :p )

image

SET KEHAMILAN SHAKLEE 
(untuk trimester 1, 2 & 3 )
- Vitalea ( multivitamin)
- B Complex (asid folik)
- Vitamin C
- Ostematrix ( kalsium)
- Omega Guard
- ESP

Kandungan Set Kehamilan Shaklee Dan Kebaikkan

Vitalea - multivitamin
Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anak. Kekurangan iron boleh membuatkan ibu lemah, mudah mengalami pitam atau pengsan, Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

B-Complex
Suplemen B-complex Shaklee mengandungi Folic acid, Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tempurung kepala bayi di dalam kandungan.

Vitamin C
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan minima tubuh kita sebanyak 500mg. Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna dan pengawet tambahan. Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita. 

Omega Guard-Omega 3
Membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal PEMBENTUKAN. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. Ianya juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Dalam masa yang sama dapat membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

Ostematrik -Kalsium
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi juga penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggng, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung. Kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

ESP (Energy Soy Protein)-supply protein
Sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Esp juga memberikan ibu tenaga, bagi yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Protein juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung harus mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

Set kehamilan Shaklee memang sesuai menjadi pilihan ibu ibu hamil masa kini. Memang satu set lengkaplah.  Ada semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil. Tahan pulak berbulan-bulan dan boleh makan dan gunakan untuk seisi keluarga. Produk berasas semulajadi (bukan sintetik) dan tidak memberi sebarang kesan sampingan. Dapat bonus extra kesihatan dan kecantikan dengan mengamalkan pengambilannya. Time berpantang pun bulih pakai lagi pulak tuh.

Produk tahap terbukti selamat dan berkesan over 50 years

Berbaloi baloi sungguh!

*******

Aim jer dari jauh...sah jer mengandung bleh grab karang!!

:p

image

SID 1151694
Wasap O176622402

Santai Ben Ashaari ..Inspirasi berblog

Inspirasi Berbelog

Blog senangje ni rasanye dah lama n dah nk masuk tadika usianye..atau pun dah tahap bulih pi anto taska untuk blajo ABC ALIF BA TA 123..
Tapi oleh kerana kerajinan beblog ni cuma berblog walking..ahahaha jer la...

Saya ingin berkongsi mengenai Blog yang sangat memberi inspirasi dengan tulisan yang santai..tajuk pun Santai Ben Ashaari...suka sangat blog ni.....tabik spring..toing toing toing...

Tulisan mengenai kehidupan seharian dgn anak2 n as mr. mama..sangat menyentuh hati dan terasa dihargai walaupun cuma membaca..

Silalah merasai sendiri pengalaman bersantai2 di SANTAI BEN ASHAARI

image

Sungguh memberi semangat habark hang.

Wednesday, 3 September 2014

Masterchecklist !?

Masterchecklist?!??

Masterchecklist??? Masterji..ahaa amma..

Bangun pagi gosok gigi cuci muka terus mandi amik smayang terus solat masak air bancuh kopi bakar roti sapu kaya baca doa terus makan amik penyapu mop rumah syaza bangun apa pun tak boleh;)....

Baca sambil menyanyi yer...
;D

image

image

Saya baru saja berjinak2 dengan mesra bersama shaklee ni. Apapun tugas utama memanglah as surirumah bersama 2 puteri jelita. Pun merangkap babysitter kepada 4 lagi kiddos. Betapa bizinye saya seharian pada siangharinye ;p

Tapi saya ada timetable...ahahaha time table la sangat kannn..harusss..kalau tidak memang hanyut la bermain2 saja dengan kiddos ni...tengok anne the green gables, kampung boy, ninja hatori, alice n the wonderland, pada zaman dahulu...erkk banyak jugak bila list kan ye...ahaahaha..

Time table ni lebih kepada panduan pengurusan masa ..
 
7.00pg.   - anak asuh sampai berperingkat
8.00pg.   - anak2 mandi seterusnya makan sarapan
9.00pg.   - begurau senda bermain sambil belajar  
                   dan membuat kija2 rumah yang mudah
                   sambil nyanyi2 abc alifbata dan zikir2
10.30pg. - minum2..tngok kartun...curi2 baca info
                    shaklee, wasap2, dhuha, ngaji
11.30pg  - prepare lunch tuk kiddos..cum tuk diri
                    sendiri, rumah kecik kiddos depan mata 
                    saja sambil2 memantau
12.00tgh - makan time, kiddos change cloth, refresh
1.00ptg   - kiddos tido...lintang pukang time ni kemas
                    rumah susun mainan, keep clean, mandi,
                    solat, ngaji, wasap2, intai2 info shaklee
3.00ptg   - kadang kiddos tido sampai kul 5ptg   
                    panjang la masa curi2 dating dengan
                    shaklee
4.00ptg.  - kiddos / kitaorg minum petang
5.00ptg.  - mandi / balik, solat, riang ria kiddos sambil
                    tunggu parents
7.00ptg.  - clear kiddos dah balik..closed...prepare tuk
                    maghrib/ maghrib
8.00mlm - prepare dinner..dinner..masa tuk family
                   pulak. Isyak
9.30mlm-  adakalanye saya dah zzzz..waktu santai2
                   Sambil wasap dan share info
                   shaklee..sambil tidokan si kenit..dan waktu
                   untuk diri sendiri sehingga 4.00pg..dan
                   rutin berulang semula

Saya masih full bf untuk si kecil. Bagi yang melaluinye pasti faham dengan demand yang perlu dipenuhi. Lagi 2bulan sahaja untuk menjayakannye...lepas pada itu terpulang si kenit nak lagi atau tidak. Banyak masa dan tenaga saya spend kat situ..bahagia sangat.

image

Masterchecklist!!!

Penunjuk arah kejayaan yang telah dirintis oleh otai2 shaklee..saya baru menghala kearahnye.

Ada 3 perkara yang dihighlight dalam checklist tu

Amalan Rohani - menitikberatkan amalan solat wajib, solat sunat Dhuha, solat tahajjud, beristigfar, berzikir, membaca Al-quran dan bersedekah menjadi makanan rohani setiap hari.

Pemasaran/marketing - mengemaskini blog, facebook, istagram dan berkongsi maklumat tentang kebaikan produk Shaklee.Teknik-teknik pemasaran yang banyak diluar sana boleh diapply dan jadikan contoh untuk berjaya dan maju dalam bisnes Shaklee ini.

Upgrade diri - senantiasa bersedia untuk menambah pengetahuan dan mengali ilmu agar tidak di takuk lama. Ilmu bisnes sangat luas dan kita memang kena usaha untuk atleast setanding dengan mereka yang dah berjaya. Jika orang lain boleh berjaya mengapa kita tidak? Sesuatu itu bukan kebetulan..tetapi ia memang telah dirancang. Itu pasallah ada pepatah..orang yang tidak merancang adalah orang yang merancang untuk gagal ;)

Penunjuk arah jalan kejayaan otai shaklee ni memang tersangatlah elok untuk di praktikkan.

Caiyuk2 untuk i me n myself..
:D

Tuesday, 2 September 2014

Set Berpantang Shaklee

SET BERPANTANG SHAKLEE

Ermm.. saya dah baca dan belek belek antara set bersalin dan berpantang. Kedua2nye rasanye sama dan kandungan produk pun lebih kurang sama.

Untuk info lanjut sila klik di bawah ni.

set bersalin shaklee kupasan dari aspek perubatan oleh Dr Zubaidi

image

image

Saya belum ada pengalaman berpantang dengan shaklee..teruja pula...kalau ada rezeki nanti nak jugak la...ehhhh

Tapi mak encik yang ni kompem momstation.

Daaa :)

GLA Complex-vitamin kesuburan

GLA COMPLEX- VITAMIN KESUBURAN

Ada sebilangan Insan terdekat saya sedang berusaha mendapatkan buahhati nyomell. Saya pun sibuklah jugak mencari maklumat yang boleh menbantu...dengan membaca serta men-share jer pun..;)..

Harap2 usaha yang sedikit ni dapat menolong mereka.. mencari jalan.

Antara maklumat GLA yang saya tertarik nak kongsikan

"GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara. GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan. GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan. Selain itu, GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil ‘cecair kesuburan’ di dalam rahim. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari. GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari."

image

Kebaikan GLA yang lainnya

• Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
• Meningkatkan kesuburan.
• Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
• Membantu dalam menangani menopause.
• Menguatkan kuku & rambut.
• Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
• Membantu menangani ekzema.
• Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
• Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding 
arteri.
• Menguatkan immuniti badan.
• Mempelahankan proses penuaan.
• Mengurangkan “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
• Mengawal kencing manis
• Mengawal kolesterol.
• Bagus untuk saraf.
• Membaiki masalah prostat

******

Whoaaa...banyaknye kandungan magic dalam GLA.
Harap2 sampai la maklumat ini kepada yang memerlukan.

Demikian kata hati saya. :)

Lecithin

Lecithin dan kebaikannye

image

13 Kelebihan Lecithin Shaklee
(Kredit master lyna noh)

1. Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolestrol, triglycerides dan lemak-lemak yg lain. Ia membantu mencegah penyakit2 seperti high blood pressure, stroke,heart disease serta arteri yg mengeras … Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan sehingga to 6,000-7,000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yg sebegini.

2. Kenapa mereka yang hendak menurunkan berat badan suka & perlukan Lecithin ni? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye.. memecahkan lemak).. Dan Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian tau… Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

3. Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat2 penting dari saluran darah ke dalam sel2 bdn..Tanpa lecitin yg mencukupi..membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan….Banyak faktor seperti bahan2 kimia dari persekitaran yg tercemar, bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc.. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2…jadi dgn cara menambahkan pengambilan Lecithin, pasti ianya keputusan yg bijak.

4. Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

5. Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf. Tanpanya, fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil Lecithin.

6. Lecitin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus, kuman dan bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

7. Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter (berkaitan short term memory).

8. Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7,000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

9. Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter; di mana ia menggalakkan proses tidur. Kekurangan hormon ini dikatakan menjadi punca insomnia.

10. Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg mempunyai alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

11. Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.
Lecithin adalah zat utk kecantikan.. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat, cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

12. Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

13. Lecithin, bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE.. BILE ni fungsinya adalah mencairkan lemak. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dalam badan

image

Aaa lecithin saya tingal beberapa ketul jer...

Jom join saya g beli ...

Nak kirim oder pun bulih..meh wasap2..;)
0176622402

Kasih Sayang Mak Mertua

Syukur dan sangat beruntung mak metua saya memang sangat2 baik.

Maaf ye adik2 ipar n biras...mak sayang akak♡♡♡

image

SELAMAT HARI JADI MAK!

Semua doa yang baik2 memang untuk mak2

image

image

image

image

image

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu buat semua ibu2 walau dimana saja berada. Nikmati indahnya hari2 sebagai ibu. Hari ibu, semua orang boleh bergembira. Wala...