Saturday 25 March 2017

BANYAK CARA MARKETING PERCUMA DAN BERBAYAR PILIHAN TERBENTANG LUAS BUAT PENIAGA BIJAK




Saya bukanlah orangnya untuk bicara mengenai marketing. Tetapi sebagai sebahagian daripada peniaga yang merebut peluang untuk meningkatkan ekonomi diri, tidak dapat tidak saya juga terjebak dengan aktiviti marketing ni.

Facebook, instagram dan blog, adalah 3 cara marketing yang saya gunakan setakat ini. Zero cost, capaian luas dan kebarangkalian mendapat prospek lebih luas. Banyak Yang boleh dikongsikan melalui 3 medium ni. Setakat hari ini alhamdulillah ia berkesan untuk saya. 

Selain dari marketing di dalam talian, offline pun sekali jalan juga. Sambil berjumpa kawan-kawan lepak bersama, ingan-ringankan mulut untuk bercerita dan promosikan produk kita. saya lah tu. hehehe. sambil-sambil borak tanya khabar sekali harung saya kongsikan kebaikan produk supplimen Shaklee yang saya jual ni. 

Nak berniaga tak bolehlah malu-malu. Kena redah kasi pecah je. kalau berkenan beli kalau tak berkenan mungkin lain kali, yang penting kita kongsikan maklumat berkaitan produk yang kita niagakan tu. Later on mesti mereka/ prospek kita tu akan terfikir2 akannya. Mungkin bukan sekarang tapi akan datang pasti berguna maklumat yang kita kongsikan tu. haaa lagi satu marketing mulut ke mulut kita ni sangat efektif tau. ramai orang lebih rasa yakin dengan marketing mulut ke mulut. apatah lagi kalau ia dari pihak ketiga.

lagi satu kalau rajin buatlah pamplet atau broucher ringkas dan edarkan kepada jiran2 setaman, se-apartment, sekampung, hehehe, Dalam 10 orang yang duk belek2 nanti mesti ada sorang dua yang mungkin akan tertarik. usahakan saja ok. jangan pernah rasa tak mendatangkan hasil.

atau dah up sikit nanti boleh guna fb ads, dan khidmat berbayar yang lainnya. 

Satu lagi cara mudah dah zero cost, awak blast whatsapps je kat kawan-kawan supaya diorang tak terlepas apa2 tawaran @ promosi kita. Macam saya, adakalanya saya blast whatsapps kawan supaya diorang tak terlepas barang baik always safe always work always green ni. Nak-nak pulak shaklee yang saya jual ni ada landmark study (baca di http://www.landmarkstudy.com/ ). Tak sampai hati nak biar kawan-kawan terlepas pandang.  

demikian pilihan markting peniaga bijak. ahakss

<3 span=""> sharing is caring
MAMA IMAN | 017.662.2402
SidPro anda

Friday 24 March 2017

SUPPLIMEN MASIH PERLU WALAUPUN SUDAH MENGGAMBIL MAKANAN MENGIKUT CADANGAN PIRAMID RDA

Makan sayur dan buah-buahan lengkap cukup colourfull nya mesti la cukup berkhasiat, tak perlulah makan supplimen. Ye ke betul macam tu?

Yang pasti sumber makanan kita sekarang ni sangat hebat teknologinya.

Sayuran cantik-cantik gemuk-gemuk hijau, buah-buahan kilat-kilat segar sangat. Ayam chuby-chuby daging banyak lembut pulak. Ikan gebu-gebu segar.


Tapi betul ke keaslian khasiatnya. Demi memenuhi keperluan semua peringkat. Demi memperkasa ekonomi. Begitulah rantaian kelangsungannya.

Nak cut cost bela ayam, kenalah guna teknologi supaya ayam cepat besar dan dapat dipasarkan. Nak jaga modal pusingan agar dapat untung besar. Etc.

Begitu juga sayuran. Nak atasi serangan serangga dan memastikan kesuburan tanah terpaksa mengunakan racun dan baja-baja yang pasti sayuran juga terkena tempiasnya

*********
Dan cerita lainnya

Vitamin C- kalau kita makan oren, kena mkn dengan kulit putihnya baru dapat flavonoids yang ada dalam tu.

Makan Nenas pulak kena makan empulur dia sekali baru dpt serat yg penuh khasiat.

Sayur pulak kena makan bermangkuk-mangkuk baru dapat manfaat vitamin dan mineral yang terjamin cukup kiraannya.

Makan labu kena makan biji dia sekali untuk dapatkan kebaikan kesan rangsangan pengeluaran interferon semulajadi dalam badan kita.

Makan anggur pun bijinya la yang banyak manfaat..tapi selalu kita pilih yang seedless. :p

Dengan sebab itu, saya pilih vitamin shaklee untuk topup semua keperluan vitamin dan dapatkan vitamin mineral tinggi antioksidan.

Sayur, buah-buah, ayam masak osek, ikan stim, burger, shellout memang perberet dan tetap pujaan. Tetapi ia tetap belum cukup untuk keperluan vitamin dan mineral bagi kesihatan yang mantap.
Kenapa mesti vitamin shaklee? Sebab ia ada landmark study. Sentiasa berkesan. Sentiasa selamat. Sentiasa mesra alam.

Sharing is caring


mama iman | 017.662.2402

Your trusted Sid.


November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...