Wednesday 24 December 2014

Bulan Cantikkan Kulit, Shaklee Effect Memang Awesome!

Bulan December ni memang awesome dengan promosi buy 6 free 1 & buy 2 save 5% (vitamin E & SR Vitamin C) , dan beli 3 percuma 1 ( Collagen Powder). Tiga produk sekali shaklee offer, semua untuk cantikkan kulit pulak tu.

image

Info ringkas Sustained  Release Vitamin C
- mengalak penghasilan kolagen
- melawan selsema dan flu
- mempercepat penyembuhan luka
- sebagai anti oksidan

**Tips...untuk anda yang sering atau rajin terkena ulser mulut sangat sangat digalakan mengambil vitamin C...vitamin C merawat ulser anda dengan berkesan.

Sedikit Info Vitamin E
- menganjalkan kulit
- menghilangkan dan memudarkan parut
- antioksida- bagus untuk elak kanser
- menghalang radikal bebas
- bagus untuk kesuburan lelaki & keintiman wanita

****tips untuk menghilangkan parut jerawat, luka2 dan parut melecur >> cucuk sebijik kapsul vitamin E. Keluarkan minyak vitamin E. Sapukan pada parut. Lakukan secara konsisten untuk tempoh 2 minggu...nikmati hasilnye.


Seterusnya Kolagen yang rata rata pengamal rejim kecantikan memang dah tahu and pakar. 

Oh ye ...Collagen Powder khas untuk bulan dan tahun ini...kerana penjualannya akan dihentikan seketika selama setahun untuk proses pendaftaran semula formula baru. Pengemar tegar kolagen jangan lupa simpan stok anda. Menangis kerinduan nanti.

image


Info Collagen Powder

image

Luangkan masa anda untuk tonton vimeo dibawah . Rahsia kulit cantik jelita.

">


Nak cantik boleh. Tapi berhati hati selalu. Penting untuk tidak tersalah pilih produk ye kawan2

Friday 19 December 2014

KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)

Krisis Pemulihan? Apa itu Krisis Pemulihan?

Ok ini yang saya baca.

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mereka mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini nampak seperti penyakit, tapi sebenarnya bukan. Ia adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, Krisis Pemulihan pun terjadi.

Antaranye lagi yang saya baca..

Ada kemungkinan...sewaktu tempohhayat untuk penyesuaian, penyakit- penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya berlaku dalam tempoh beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya tubuh kita lemah ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama; iaitu sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur,  antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

image

Ketika proses detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman ( perut kembung, lapar) , cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain lagi. Simptom-simptom ini adalah berbeza antara individu dan akan berlaku antara 1 hingga 2 minggu.

Dalam jangkamasa Krisis Pemulihan ini, dinasihatkan meminum air masak dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau dengan kiraan 1liter airbersih  bagi setiap 25kg berat anda. Berehat secukupnye dan makanlah sayuran dan buah-buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan,  kita akan lebih mudah untuk melalui fasa ini.

Itulah dia Krisis Pemulihan. Selepas ini, kita kita yang ambil suplemen jangan cepat melatah kalau mengalami tanda seperti disebut diatas. Pernah kan kita dengar orang komen..."alah aku makan suplemen bukan tambah baik!..sakit lagi ada!"....haaa tu lah dianya.

Kenalpasti suplemen anda sebelum meng'consume'nya.







Thursday 11 December 2014

Cekodok Pisang a.k.a Jemput jemput Pisang Mudah

Salam Khamis Salam Ceria!!

Hari ini saya nak kongsikan resepi mudah dan senanje cara nak buat cekodok pisang a.k.a jemput jemput pisang.

Alahaii resepi cekodok pun nak kongsi!!??.. ahahaha...janganlah kata begitu. Kalau anda nak tahu resepi lempeng mudah tahap kacang super simple pun ada orang tanya dan google cara2 nak membuatnye tau...serius ni.

Ada kalangan kita mencari resepi terbaik. Ada pula mencari resepi asli tradisional...dan ada yang mencari resepi super simple guna bahan2 yang ada di rumah...dan ada juga yang mencari resepi paling asas... seasas asasnye.

Sila jamu mata...cekodok pisang a.k.a jemput jemput pisang super simple.  :D :p

image

Resepi Cekodok Pisang Mudah dan senangje.

Bahan2
2 Cawan Pisang siap lecek (pisang apa2 pun boleh janji pisang yang dah masak sedap dimakan begitu saja tapi anda dah jemu nak makan begitu saja)
1 Cawan Tepung Gandum
Secubit Garam
1sdm gula (pilihan. Kalau anda guna pisang asam atau apa juga jenis pisang yang agak masam tambahlah gula sesedap rasa)

Cara2
-Satukan kesemua bahan..pisang lecek, tepung, garam dan gula gaul sebati...
-dah sebati bolehlah di jemput2 ke kuali utk digoreng..goreng terendam kaedahnye...kalau dah kuning2 coklat tu dah masak la tu..guna api perlahan....dikuatiri luar masak dalam mentah kalau api kuat.

Selamat Mencuba..

sedap dimakan begitu saja. Atau sedap juga dicicah sambal kicap Johor Style. Ahaha sambal tumis pun sedap bagi yang gemar.

image

Nyum3


Tuesday 9 December 2014

Meal Shakes Shaklee, Multivitamin Untuk Simanja!

image

Meal Shakes Shaklee menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian. Ia diperbuat daripada bahan2 semulajadi - buah buahan, sayur- sayuran, kacang soya, lactalbumin ( sejenis susu) dan lain-lain. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolaysin dan sebagainya.

Meal Shakes Shaklee dihasilkan untuk semua golongan- bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegaterian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera.

Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, meal shakes shaklee merupakan pilihan bijak.

Manfaat utama Meal Shakes Shaklee -
- Nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
-Membekal Nutrisi kepada sel tubuh
-Membantu Tumbesaran.
-Anti Oksida
-Mengembalikan Seri Wajah
-Detoksifikasi
-Rasa yang Lazat..:)

☆♡ boleh dicampur atau dikisar bersama buah buahan, Shaklee ESP atau apa jenis minuman kegemaran anda...lazat dinikmati dalam hidangan panas atau sejuk...nyamannn

">


Sms/wasep 017-6622402 :)

Sunday 7 December 2014

KULIT SIHAT DENGAN VITAMIN

Semua kita mesti nak kulit sihat dan cantikkan. Kalau nampak orang kulit cantik, tak berkelip tengok. Kalau terkantui time tengok tu terjeling jeling kita nak sambung menikmati kecantikan kulit orang tu kan :D...(.ehhh ker saya sorang ;p)

Tapi tak saya nafikan..memang sangat jelous kalau jumpa orang kulit cantik bersih licin and moist.

Tapi bukan jenis muka jer berkilat putih gebu tu...ni ni yang jenis muka tangan kaki segala sama jer tone colour dia. Uihhh memang i jelous uollsss...grrrrrr apa rahsialah si gojes tu....

Tapi start saya consume ESP...jeng jeng jeng.......sebulan dah mengembirakan hati....♡♡♡

image

Saya memang tak kuasa nak beli produk yang kena minum2 ni ..tak tertelan rasa...pernah beli mealshake...terbuang begitu sahaja......oiiiiii...terkilan sampai ker hari ni.

Tapi sejak dah jumpa resepi enak ESP + minuman kegemaran....amboi berbaloi2 kesannya

image

Anak yang bf deman tak nak menyusu banyak ..sampai terpaksa saya pam dan buang kandungan dalam biologi tarmos....susu muai sangat. Ibu2 yang bercita2 menyusukan baby secara esklusif , ESP n Shaklee sedia menjadi rakan terbaik anda. ♡♡♡

Cer klik vemio bawah ni. :)

">

image

Untuk yang rajin kedapur terpercik minyak..jangan risau kulit kembali cantik dan elok dengan pengambilan ESP yang konsisten. Kulit kering bersisik pun jadi moist.

Tak sabar nak tungu bulan bulan seterusnye...mood happy ♡♡♡♡



Friday 5 December 2014

VITAMIN C CANTIKKAN KULIT

Berita baik untuk semua ..vitamin C untuk kulit yang cantik dan bling2...dengan pembelian yang owesome dalam bulan disember ini.

image

Buy 6 free 1 @ beli 2 jimat 5%

Untuk kulit cantik mari roger kita :D
017-6622402

Tuesday 2 December 2014

Disember Sudah

Disember menyambut baten demam dari November dengan jayanye...

Allahuakbar!

image

Disini setia menanti berjam2. Ramainye orang demam. Semoga semua beroleh kesembuhan dan keredhaan Allah.

image

Alhamdulilah tak perlu warded. Boleh enjoy2 dirumah yeay..

***************

Ohh promo shaklee disember vit c + vit e, both buy 6 free 1

Demam2 ni makan vit c bulih tambah imun badan....murah pulak...rezeki demam. Alhamdulilah.

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...