Thursday 18 June 2015

Eid Mubarak!!!!

Ramadan Kareem

Alhamdulilah syukur..masih diberi peluang bertemu Ramadan bulan penuh kerberkatan beribadah.

Sejak tak berapa nak muda ni...terasa gembira yang lain  sedikit menyambut ramadan..teruja!!. Mungkin asbab menuju fasa 'berusia' maka hati kebih tertumpu untuk mengandakan pahala dan mengapai redho Nya.

Ramadan kedua tanpa mak. Sayu hati ketika memasak lauk untuk bersahur! Alfatihah untuk Mak, damailah hendaknya di negeri abadi.



Promosi june bertemu ramadan ^_^ ..vitamin cantik ni...selalu ada dalam peralatan rejim kecantikan kita...berbaloi melabur untuk vitamin C dan vitamin E ni..kulit halus dan moist..merawat cela...cantik la nanti dipagi lebaran...sebelum tu nak tarawikh pun cergas...boleh minum performance drink perisa oren tu..atau shake2 esp ^_^ hahaha.... i loike..



Ingat lagi tak niat berpuasa dan doa berbuka  ^_^






Sedikit tips untuk bervitamin di bulan ramadan


berpuasa pun kena makesure kita ambil air secukupnya elak dari terhidrat
tips untuk pastikan kita ambil air sekurang kurangnye 8 gelas sehari ialah dengan meminum segelas air pada waktu2 berikut :-
1. Waktu berbuka
2. Selepas solat maghrib
3. Selepas moreh
4. Selepas isyak
5. Selepas tarawikh
4. Sebelum tidur
7. Sejurus bangun tidur untuk bersahur
8. Selepas makan sahur

cukup 8 gelas...kalau lebih bonus la tu.. ^_^


daa.....
 salam eid mubarak!







Wednesday 17 June 2015

Sambal Tumis Garing

Puasa puasa ni....ada sesetengah orang, time nak sahur becinta sungguh nak panggil selera datang..
tapikan...saya tak pernah pulak tak berselera...^_^
Ada saja pembuka selera yang mengasak gasak rasa untuk makan makan dan makan. sehingga ke minit2 terakhir selera sentiasa setia menemani. kihkihkih,,,memang dasar ek..


Hari ni saya nak kongsikan satu menu menjemput selera. Kalau tengok pada gambar ni memang macam tak terbuka langsung selera..bhahaha...tapi belum cuba belum tau.. belum bau belum mahu.. belum rasa memang tak pecaya ^_^

Sambal ni sempoi dan mudah saja. Saya bagi tajuk sambal ni Sambal Tumis Garing... sebab memang dia garing dan rangup2 sikit

Sambal Tumis Garing
Jom cek resepi yang senangje ^_^

bahan2
20 tangkai cili kering (direbus lembut- toskan)
1 biji kentang (kupas- hiris nipis macam nak buat kerepek)
1 genggam bilis
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
garam 
gula 
serbuk perasa  (ikut selera )

cara2
1. blender cili kering bersama bawang merah dan bawang putih tapi jangan halus sangat..kalau ada food prosesser lagi mudah ^_^
2. goreng kentang sehingga kekuningan dan agak garing, angkat dan toskan. kemudian goreng bilis sehingga garing angkat dan toskan juga. Bilis ni ikut suka nak jenis yang mana.. saya suka bilis hitam yang gedabak tuh !  ^_^
3. dengan minyak yang sama tumiskan bahan yang di blender tadi. tumis sehingga terbit minyak dan agak kering..kalau dah kering bolehlah masukan kentang dan ikan bilis yang dah digoreng tadi. kemudian perasakan garam gula dan serbuk perasa jika suka... kalau saya memang suka saje..:p hehhehe. okey itu saja ..dah siap..


sambal tumis garing 


Bebel Sikit :- kena berhati2 masak sambal ni..silap silap hangus jadiknye.. dalam proses nak garingkan tu memang mencabar sikit.  ^_^
saya pun masih mengasah skill untuk mastering sambal ni..^_^


selamat mencuba!


November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...