Sunday 31 August 2014

VIVIX SHAKLEE

Vivix Shaklee

image

Pemakanan berkhasiat memainkan peranan yang amat penting dalam penjagaan kesihatan kita. Dengan menambah nutrien polifenol yang diekstrak daripada buah buahan dan tumbuh tumbuhan ke dalam diet pemakanan harian dapat meberikan kesihatan yang berpanjangan dan juga meningkatkan tenaga yang diperlukan untuk menjalankan aktiviti harian.

Untuk itu Shaklee memformulakan VIVIX untuk anda, satu minuman campuran botanikal yang penuh dengan kebaikan bagi kesihatan badan dan enak rasanya!

Kebaikan VIVIX :
◆ Memelihara keseluruhan kesihatan
◆ Membantu anda rasa lebih bertenaga
◆ Menguatkan sistem imun

image

Set Bersalin Shaklee

Set Bersalin Shaklee

Orang muda zaman sekarang sungguh beruntung...dari pelbagai segi untungnye. Pelaburan generasi nenek moyang..cucu cicit menuainye...itulah yang dipanggil kemajuan teknologi..hahaha apalah kaitannya dengan set bersalin shaklee.

Yerlah dulu dulu kalau sebut berpantang mesti penuh dengan herba herba dan pelbagai rempah ratus buat ramuan jamu. Masuk dalam rumah pun dah tahu ada orang berpantang dan ada baby syomel2 ♡♡♡

Zaman teknologi ni..segalanye mudah dah dipermudahkan..takde dah lagi bauan bauan rempah menusuk ..segalanye nyaman..hinsh hinsh..manginye..;) ...unless memang pilih untuk merasai pengalaman bertradisional. Pun tak salah..yang nak bertradisional ..tradisionallah..yang nak berteknologi..nah..layan set bersalin shaklee ni..

image

KANDUNGAN SET ASAS BERSALIN

1. Vitalea:
Pil mutivitamin Vitalea ini membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.
Zat besi yang terkandung dalam pil ini penting untuk menghasilkan sel darah merah bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses bersalin.

2. B Complex:
B Complex bertindak sebagai penenang dan boleh mengelakkan berlakunya meroyan pada ibu yang sedang berpantang.
Menukarkan makanan kepada tenaga dan juga meningkatkan pembentukkan sel darah merah.
Ini menyebabkan ibu berpantang mempunyai lebih tenaga dan kurang letih.
Membantu memelihara kulit dari dalam (penting untuk kecantikan).

3. Vitamin C:
Penting untuk penyembuhan luka jahitan dan membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin.
Ianya juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan.

4. Zink:
Sangat penting untuk membaiki luka jahitan dan luka dalaman.
Mampu mengatasi masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin.

Dengan penambahan 2 lagi produk untuk transform ke Set Bersalin Premium

5. ESP Shaklee:
diperbuat daripada non-GMO soy protein mempunyai 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Sesuai untuk ibu selepas bersalin, protein membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, mencegah migrain, imsonia dan tekanan. Tubuh sangat memerlukan protein bagi merangsang selera makan bagi ibu yang tiada selera, meningkatkan tenaga sekiranya mengalami anemia, tekanan darah rendah, masalah tidur, badan letih dan lesu dan juga depresi.
Protein mempertingkatkan pemulihan luka dan parut dengan membina sel-sel yang baru dan juga membantu para ibu yang mengalami keguguran rambut kerana pertumbuhan rambut yang sihat memerlukan protein.

Pengambilan ESP Shaklee bersama ostematrix membantu dalam penyerapan kalsium dan juga menguatkan tisu-tisu penghubung.

6. Ostematrix :
Kandungan nutrien kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, baik mengelakkan kekejangan dan kebas. Juga bagus untuk ibu yang tidak minum susu boleh gantikan Ostematrix untuk dapatkan kalsium.

image

mengikut perkongsian pengalaman individu yang telah mengunakannye ia sangat owesome...

Set bersalin shaklee ni memang sesuailah untuk yang tak mampu menelan bancuhan jamu kelat kelat pahit tu...(teringat pulak kali petama telan jamu semasa berpantang..bekerut2 muka tahan 'kesedapannye' ..hehehe..). Daripada 6 jenis makanan kesihatan tambahan ni..5 tersedia dalam bentuk kapsul bersaiz mampu telan punya ;p..satu saja istimewa bebentuk serbuk, ESP tu lah ..itupun dijamin senyum saja time nak meminumnya.

hahaha adik i pun dah try test...memang torbaikkk katanya...pengalaman tengok adik i berpantang anak sulung...siannn sampai vibrated badan dio..ahaks..ampun makni

...apalagi ..dah tahu benda baik, maka saya kongsikanlah..moga manfaat buat semua.

SELAMAT BERPANTANG ;)

Mak vs Smartphone

Mak vs Smartphone

Dulu dulu kalau ada apa2 tak kira masalah ker berita baik ker semua nak kongsi dengan mak. Kadang2 sebulan topup rm30 tu memang khas untuk call mak sahaja...tak kira la cerita apa pun..pasal anak menangis..pasal anak tumbuh gigi..pasal kakak dah pandai baca doa ..becakap bejalan semua nak kongsi...dah selalu juga call mak semata nak dengar suara saja...

Lepas mak pergi selamanye terasa sangat ..sebab tak ada kawan nak borak and kongsi segala benda

Sebulan selepas mak pergi huby hadiahkan smartpone...dapat ker smartpone gantikan kekosongan yang ditingalkan mak... tidak tidak dan tidak...

Saturday 30 August 2014

Kuih Bakar Pandan

Kuih Bakar Pandan

image

image

Kuih faveret saya ni ;)

Resepi mudah & senangje

Bahan2
2cawan tepung
2cawan santan
2biji telur
1cawan gula
Setengah cawan jus pandan/ stengah cawan air +pandan esen pandan
1sdt garam
Pewarna hijau
Sedikit bijan

Campurkan semua bahan kedalam blender dan blend hingga sebati..
Panas kan oven..oleskan acuan dengan planta..panaskan sebentar acuan hingga planta mencair..tuangkan adunan..tabur bijan..kemudian bakar api atas bawah..suhu 170°c selama 1 jam..tambah 20 min untuk kerak kerak yang rangup..jika suka..:)

Selamat mencuba..senangje

Friday 22 August 2014

Nasi Briyani Ringkas

Nasi Briyani Ringkas

Nasi Briyani Ringkas sudah semestinye dari rempah baba's

image

Briyani mudah dan ringkas..hari hari sajian istana

Jom cek resepi
Dapatkan serbuk rempah briani babas n follow step by step arahan kat belakang pek tu....;)

ESP Shaklee

ESP Shaklee

image

ESP? apa tu? ESP tu apa?  Okey mari kita study sama sama yer

ESP=Energizing Soy Protein
Diiktiraf diseluruh dunia, telah melalui kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Mengandungi kacang soya "non-GMO" soya yang tidak dimodified.
ESP memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP atau energizing soy protein dari Shaklee ini merupakan satu satunye produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur (tua dan muda semua boleh minum). Kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis (diabetis..berita baik ni untuk pengidap2 kencing manis)

Satu hidangan shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu rendah lemak (wow)..tiada kolestrol tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Apa manfaat ESP...???
#Awet muda
#Baik untuk hormon
#Baik untuk prostat
#Kulit kembali remaja dan sentiasa remaja
#Pembekal tenaga
#Membaiki pigmentasi dan
#Membaiki memori
Wow wow wow die die must try nih ;)

Okey...dapat hadam tak..:) banyakkan kebaikannye..okey nanti kita borak lagi pasal Shaklee yer.. daa dulu

Friday 8 August 2014

End of Ramadan

End of Ramadan 1435H

Hujan pun turun di Kg Masyarakat Jasa mengiringi sahur hari akhir Ramadan 1435H..menangisi perpisahan ini mungkin......

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...