Saturday 22 November 2014

Kesilapan Teknik Menyira

Assalamualaikum wbt...

(Lamanye saya cuti berblog. Si comel tak sihat..gundah gulana nak mengatur bicara..acehcehceh alasan.)

Kali ni saya nak kongsikan cerita tentang kesalahan teknik menyira. Dengan harapan sekiranya ada pakar2 produk sira yang terjenguk blog senangje ni memberikan seperengan dua komen membina..

Alkisahnye saya memang tak pakar bab2 menyira ni..samada sira pedas atau sira gula..kebiasaannye fail dan hanya 1 2 3 4 5 atau kadang2 saja cantik kejadiannye...seperti pic bawah ni...

image

Untuk sira pedas..adakalanye hasil siraan saya akan menjadi lemau...kenapa ye?...hasil survey mengatakan sambal kurang masak/kering atau terlebih bahan iaitu bawang merah yang agak banyak...emmm oo...apa kata pakar agaknye ye...( doa2 ada pakar sira membaca tulisan ni..:D

Untuk kesekiankalinye...saya masih tak putus asa untuk terus cuba menyira..tempe sira pedas lagi!!...oh ye! mi siput a.k.a mi sanggul pun sedap juga tapi stok tak ada di ghumah..

Kali ini saya masak sambal dengan kaedah 'bubuh' asam keping dan juga tumis terlebih dahulu bawang putih yang ditumbuk asing...setelah itu barulah masukan cili kering kisar...saya tumis seperti biasa sehingga naik minyak ..kemudian saya perasakan garam dan gula...oleh kerana ia adalah untuk menyira, maka saya tambahkah gula dalam kuantiti yang banyak seperti kebiasaan resepi sira...tapiiiiii...kenapa sambal sira tu jadi seperti gula tarik bergumpal pulak. ???? Okey yang ni haraplah ada pakar tolong jawapkan..(saya akan cuba mencari-cari sebab2 asbab apakah jadi begitu dengan pakar2 di dunia realiti jugak... musykil batu ni!)

Pic bawah ni hasil sambal sira saya yg menjadi gula tarik..:pp

image

Walaupun sambal sira saya menjadik gula tarik..tapi sedap pulak di makan begitu saja...dah macam rasa asam jawa dalam balang kecik comel yang biasa dapat souvenir dari pantai timur tuh..kikiki..



image

Oleh kerana sambal yang tidak menjadik..maka duduk diam2 dahululah ye tempe, kacang dan ikan bilis dalam telap.  Dah ada stok cili kering karang chef operasi lagi ye..  Chef???????ceh


P/s: Psssttt .....sapa ada resepi sira pedas stail zaman dahulu kala yang sedap tu cer mai komen. Boleh ke macam ni? ..:D;D

Tuesday 11 November 2014

Lemak Kuning Nangka Muda Dengan Ayam

Assalamualaikum.. wbt

Harini nak kongsikan resepi mudah Masak Lemak Kuning Nangka Muda Bersama Ayam.

image

Nangka Muda Masak Lemak ni memang one of my faberet dish.....(suma pun faberet kalau yang sedap2 ..:p)...

Lemak Kuning Nangka ni boleh digandingkan dengan bermacam-macam bahan tambahan...such as babat..daging lembu..kambin..ikan masin..macam-macamlah. Pendek kata ikutlah selera mana tekak kita pada hari nak masak nangka muda tuh..resepi dia pun bulih di tambah dan diperkaya dengan pelbagai bahan2 rempah ratus lainnye.

Ia juga boleh di masak tak pedas, kurang pedas, pedas sikit, pedas sedang-sedang atau pedas gila. Pun ikutlah selera tekak kita juga.

Hari ni, tekak kita ni nak makan lemak kuning nangka muda masak dengan ayam tahap tak pedas langsung.  (Lepas senyum and angguk2 masa cikgu taib tanya setuju ke nak hidup bersama anak murid dia yang sorang lagi tuh..memang tekak ni dah redho makan & masak tak pedas...:p..selamat juga takyah masak asing2 untuk si kecik comel2 dua orang tuh)

image

Orait jom kita cek bahan2 nak masak nangka masak lemak kuning ni..

MASAK LEMAK KUNING NANGKA MUDA DENGAN AYAM

Bahan2
1 mangkuk besar nangka muda yang dah siap kupas dan potong kecil2 bite size..dan celur.
1/4 ekor ayam potong kecil
1 kotak santan harmoni
1 sdk serbuk kunyit/ kunyit debu
1 labu bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 sudu ketumbar biji*
2 batang serai diketuk
1 mangkuk air
Garam gula secukup rasa

Cara2
1. Tumbuk bahan2 bertanda *

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, kunyit debu dan serai sehinga naik bau. Kemudian masukkan ayam, goreng kilas sebentar. Kemudian masukkan nangka muda yang sudah di celur. Tuangkan sedikit air untuk kuah. Biar mendidih.

3. Kecilkan api masukan santan. Biar mendidih sebentar dan perasakan garam gula ikut selera..kalau selera kepada msg pun, ikut sukalah kalau nak tambah aji dan Dah siappp...

Psstt....lemak nangka ni memang heaven sangat gandingkan dengan nasi putih + sambal belacan + ikan masin. Ehehehe kalau tekak hamba la tapi...:p

Daaa selamat mencuba resepi senangje kan.

.

Saturday 8 November 2014

Masa Dan Alasan

"Bizinye minggu ni"
"Dah sabtu dah"
"Apa yang aku buat sepanjang minggu ni?"
"Eh eh..banyak nye tak buat "

..".demi masa sesungguhnye manusia kerugian."

image

Vs

image

Omega Guard Shaklee, mengandungi minyak ikan tulen terbaik dunia. Baik untuk seisi keluarga. Sesuai untuk si manja dan kesayangan kita.

OMEGA Guard bagus untuk turunkan kolesterol, pecahkan lelemak, sambil tu ia menjaga jantung dan otak kita.

Ia juga membantu Si Manja kita untuk lebih fokus dan senang untuk belajar sebab omega ni ada dha, aa, dan omega 3 yang sememangnye bagus untuk sel2 otak berhubung.

image

♡♡♡♡♡                                                         ♡♡♡♡♡

Sharing Is Caring :D
SID 1151694
AmisaH - 0176622402
;p

Monday 3 November 2014

Bubur Asyura Utara Selatan

Senyap tak senyap dah 10 Muharam 1436H...mesti ramai yang berpuasa pada hari ini...Isnin... 10 Muharam...rahmat bertebaran....mahgrib nanti dapat berbuka bubur asyura..alangkah nikmatnye!.

10 Muharam..hari asyura...bubur asyura....bubur lambuk...buboq...hamvoih...telan ayaq lioq naaa.

Cerita pasal bubur asyura ni...teringat saya pada satu kisah sewaktu zaman belajar di penang dulu...kisahnye pun berlaku sekitar tarikh awal muharam lebih kurang tarikh2 nilah..kisah bubur lambuk bubur asyura utara selatan...

image


Zaman study dulu2 member2 serumah datang dari segenap penjuru. Utara selatan timur barat semua ada.

Nak jadi cerita member dari utara nak balik kampung sempena hari asyura dan kebetulan jatuh pada hari cuti. Parents dia nak buat bubur asyura...saya yang peminat bubur asyura ni memang teruja sangat2lah  ..yang amat terujanye..nak nak pulak member tu janji nak bawak balik ke rumah sewa banyak2 ...bagi puas hangpa makan..biaq ilang rindu kampung halaman katanye....ooo baik sungguh hatimu sahabatku....hatiku berlagu riang...terus doakan kawan tu selamat bergi dan balik..dan berhati2 dijalan raya pesan siap2.

Dua hari menanti...petang ahad tu ya ampun seronok gila nampak member belok masuk umah dengan selamat...tak sabar2 dok serbu. Member bagi keluar semangkuk besar naala punya bubur asyura...Dengan pantas sedia mangkuk & sudu...sekalituuuuuuu member dok sound...awat bawak mangkuk sudu segala..pi la amik pisau macamna nak potong..hang nak kerok pakai sudu ka...aikkkk....musykil sudah...



image

Demi ternampak rupa paras bubur asyura itu..maka terputuslah selera...oooo jauhnye beza dari gambaran hamba sahaya ini...tidak tidak tidak....merundum terus nafsu...subhannallah....indahnye perbezaan.

image

Selama hidup ini yang asal dari Johor Darul Takzim...pada ketika itu cumalah kenal bubur asyura yang seperti gambar sumber tok google kat bawah ni....rupa rupanye..jauh lagi perjalanan luas lagi pemandangan..

image

Selama hidup sebelum merantau sementara ke utara menuntut ilmu...cuma bubur lambuk a.k.a asyura yang sepertinye saja yang saya tahu...rupa rupanye ada versi lain...kalau belah2 selatan bubur asyura seperti bubur lambuk kampung baru...alkisahnya bubur asyura utara versi manis ala2 kuih talam..ooooooo.

Dan pada trajedi petang nan indah disulami rasa keciwa...bubur lambuk versi utara tu saya pun terus dah tak ingat apa nasibnye..dimakankah atau disedekahkan pada kawan2 lain...kerana time tu saya memang tak terasa nak makannye langsung....

14 tahun kemudian...
"Assalamualaikum..kak nisa oo kak nisa....akak nak tak bubur asyura..sat ada bawak ni mak buat kat kampung...sat teringin nak makan..sat mintak mak buatkan...akak ambil lah sikit buat rasa2..."...maka di satu petang nan indah di satu hari dan tahun yang lain saya merasa pula bubur asyura manis versi pantai timur...sedapnye la pulak......Allahuakhbar..subhannallah..

Petang ni 10 Muharam 1436H saya pun whatsapp Sat..mintak2 mak dia ada buat bubur asyura lagi!

image

Semua gambar2 dalam entri ini adalah bersumberkan google -admin
Ada yang berasal dari sini buku asyura dan sehidangan kenangan..:D

November Rain. Sudah!

Selamat Pagi!

Salam November!

Istimewa bulan ni??!

image

Istimewa bulan ini omega guard buy 6 free 1.... mari baca, saya kongsikan serba sedikit info mengenai kebaikan dan manfaat omega guard ni.

Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee

1) Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies).

2) Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

3) Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan.

4) Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.

5) 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA.

6) Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini.
-Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB.

image

Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee 100% minyak ikan tulen

Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak seperti:-

- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive (ADHD)
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa  yang memerlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan mereka?

1. Warga Emas
2. Wanita (dalam semua peringkat)
3. Wanita yang telah melahirkan
4. Wanita yang sedang menyusukan
5. Pesakit darah tinggi
6. Pesakit Jantung
7. Pesakit Buah Pinggang
8. Orang yang selalu lupa
9. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
10. Pelajar
11. Individu yang mementingkan kesihatan yang optimum

Kesedaran mengenai kesihatan diri tanggungjawab sendiri..begitu?? Sebar sebarkan kebaikan yang kita tahu dan mari kongsi bersama.

Sid 1151694
Sembang niaga shaklee 017-6622402

image




Mari kekal sihat
:D

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...