Wednesday 30 August 2017

Kek Minyak Mudah dengan Noxxa

Tengok 'hantaran' kek minyak by mamamia2 kat pesbuk nampak sedap sangat. Teruja nak cuba juga. Maka dengan gigih semalam buat juga sebab dah 2 hari bahan2 dah beli. cik hasben pun dah senyum2 tengok bahan tak gerak dari tempatnya. Ngeh3 

kek ni memang mudah sangat. Ikut resepi kak mamamia2 ni kompom jadik. tapi akak derhaka sikit kat resepi ni. bukan derhaka apa lah. Cumanya tepung tu akak gunakan selfrising flour dengan cara bakar dia akak gunakan periuk noxxa. hehhehehe Dah mudah nak lai mudah ye tak. ngeh#3.

lepas dah siap adun semua bahan kek tu akak masukan je dalam periuk noxxa terus direct dalam inner dia. Then set steam 9 minit round pertama tu. Kalau guna noxxa untuk steam kek ni mememag tahan telinga jer lah tit tit tit tit tit. 

Abis 9 minit tu.. belum masak lagi tau kek tu. akak set lagi 10 min. tahan telinga lagi tit tit tit tit. jangan bimbang, tak rosak periuk pun. memang gitu fesyen dia kalau steam kering.  

kemudian the last round sebab dah malas nak ulang2 set timing akak terus set 14 minit. sebab tengok kek pun dah dekat nak masak. maknanya kat sini akak dok ulang set timing 3 kali. sebab tak tahu should be berapa minit nak masakakan kek ni dlm noxxa. so lain kali kalau nak steam guna noxxa lagi untuk kek minyak ni akak set terus 20 min pertama. second boleh tengok dulu kejadian kek tu nak tambah berapa minit lagi. hehehe amatur memang gini la gaya dia. ngeh3. masak ni ikut la instint masing2. 

sebab guna noxxa dan belasah je timing tu tadi maka memang cantiklah kejadian kerak keliling kek tu. tapi kek minyak ni memang gebu toing2 je bila press dia naik balik. memang sedap ikut resepi ni.  korang terai la, nak best follow resepi mamamia2 tu 100% kompom jadik cantik dan gebu gebas.


kek ni dah masuk dalam bekas betutup semalaman. texture dia jadi lembut dan still gebu. 



ni la resepi yang kak mamamia2 kongsikan kat pesbuk dia. aka follow bulat2 sukatan dia. Derhaka cara masak je. akak guna noxxa. hehhehe



Time ni baru lepas keluarkan dari periuk noxxa. Anak dah tak sabar nak potong selamat harijadik. khahhahah. Anak akak kalau nampak kek semua selamat hari jadik. Gasak.



selamat mencuba noxxarian semua.


Thursday 3 August 2017

Salam Ogos : Projek Makan Sihat

Alhamdulillah ogos sudah. Rasa sekejap je dah masuk separuh tahun.

Lepas raya ni terasa berat sangat nak bawa badan. Maklumlah sebulan raya membantai rendang ketupat kuih kuih sakan. Selagi ada orang menjemput ke rumah, seboleh2 cuba penuhi. Mengerat silaturahim katanya kann. 😆

Aa..pasal projek makan sihat tu. Tetiba rasa terbuka hati nak cuba istiqomah makan ikut cadangan suku suku separuh by kementerian kesihatan tu. Tambah pulak grup ireach shaklee pun ada buat contest #sihatcara ireach . Molek sangat la tu. 

Dah beberapa hari ni berjaya la buat suku suku separuh boleh tgk di fb amisahahmad.eskandar atau ig amisahahmad. 😆

Oh ye sis masih lagi aktif bershaklee. Sekali dah cuba sis akan terus iatiqoamah dengan shaklee. ✌ lagi lun memang terbukti bekesan selamat dan mesra alam kan.

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...