Monday, 16 June 2014

Ketupat Sotong Terengganu versi Johor

Ketupat Sotong Terengganu versi Johor
Dek kerana kesian kat ibu mengandung yang mengidam nak makan Ketupat Sotong..maka terhasillah Ketupat Sotong Terengganu versi Johor ni..(yang buat orang Johor yang mengidam pun orang Johor, yang kedua-duanye pun belum pernah merasa Ketupat Sotong seumur hidup masing-masing). Mengidam dan me'request pada yang tak pakar...tak pernah buat  & tak pernah merasa pun lagi Ketupat Sotong...apakah!!!!!
Yang pasti Ketupat Sotong Kelantan versi Johor pun ada jugak tau...tunggu.....
next entri ye

image


Berminggu-minggu berblogwalking membaca posting para bloger masakan mengenai Ketupat Sotong dan menikmati pemandangan resepi Ketupat Sotong...tak cukup dengan itu berdating dengan en google...mengoogle images Ketupat Sotong mencari feel Ketupat Sotong pulak ;)...hadoiyai sungguh ...

image


Oh yer walaupun namanye gah Ketupat Sotong Terengganu, tetapi bahan2nye sangat sesuai dengan blog ini..senangje
Meh cek resepi
3 ekor Sotong saiz sederhana
1 cwn Beras pulut
3 cawan Santan
1 sdt Halba
1 bj Bawang merah saiz kecil mayang halus
Garam
Gula
Lidi /penyungkil gg untuk semat
Bersihkan ..sotong buang kulit .
Rendam beras pulut (10 min jer ..hehehe nak cepat).
Toskan beras pulut kemudian isi kedalam sotong 2/3 bahagian sotong.
Tutup dengan kepala sotong dan sematkan guna lidi
Susun dalam periuk, masukan halba dan bawang merah yang dimayang halus.
Curah santan dan masak dengan api perlahan.
Apabila sotong dah nampak gemuk dan bulat bermakna beras pulut sudah kembang dan hampir masak..perasakan garam dan gula sesedap rasa...
Taraaaa da siap...
Senanje...
Selepas masak & makan ni masih lagi sibuk mengoogle resepi Ketupat Sotong...banyak versi rupanye.. ikutlah airtangan masing........yang pasti Ketupat Sotong Terengganu versi Johor ni tak kalah sedapnye..
Pssstt...kolestrol banyak ni...lepas makan telan jer Lecithin..no hal lah
0176622402 jom cerita #Shaklee ;)

No comments:

Post a Comment

Kek Minyak Mudah dengan Noxxa

Tengok 'hantaran' kek minyak by mamamia2 kat pesbuk nampak sedap sangat. Teruja nak cuba juga. Maka dengan gigih semalam buat juga ...