Tuesday, 6 January 2015

Kuih Ketayap Mudah Dan Senangje

Balik kampung tempoh hari ada termakan kuih ketayap. Tapi sebab orang bagi, tak dapatlah pulun makan banyak. Hehehe.. malam ni tetiba rasa nak buat. Lagipun inti kelapa dah stanby dari semalam. Macam mana nak kurus.....adehhhh

Jom layan resepi campak2 sesuka hati. Inti ni sesedap rasa manis dia. Ke termaniss....hehehe entahlah..ni main campak sesuka hati dengan daun pandan pun tak ada. Kalau ada daun pandan lagi marbeles kata bebudak la.

Untuk inti Kelapa
Kelapa parut setengah biji
Gula setengah cawan
Gula merah secawan
Garam secubit
Setengah cawan air
Sesudu tepung gandum

*Larutkan gula dan gula merah dalam kuali dengan api sederhana. Masukan air setengah cawan dan garam. Biar gula larut dan masak seketika. Kemudian masukan kelapa parut. Gaul rata dan biar kering sedikit, kemudian taburkan tepung gandum gaul sebati. Dah siap inti kita.

Untuk Lempeng/Kulit Ketayap
(Versi campak2 memang tak sukat pun. Sesuka dihati. Lain kali kita bagi sukatan ye)

Tepung Gandum
Garam
Air
Pewarna Hijau

*Campur semua bahan, wisk sehingga sebati dan tepung tidak berketul. Panaskan kuali dan lencerkan sedikit minyak. Kemudian tuang sesenduk adunan. Goyangkan kuali sehingga lempeng terbentuk bulat. (Api kecik je) dah masak terbalikkan seketika dan angkat. Letakkan sedikit inti kelapa dan gulung. Siap. :p senangje kan.

Selamat la mencuba. Seriusly memang sedap. Kalau suka la. huhuhu.


1 comment:

  1. oo..kuih ketayap ke namanya.. baru jer makan 2 ketul ..
    ingatkan nama kuih popia kelapa....

    ReplyDelete

Kek Minyak Mudah dengan Noxxa

Tengok 'hantaran' kek minyak by mamamia2 kat pesbuk nampak sedap sangat. Teruja nak cuba juga. Maka dengan gigih semalam buat juga ...