Sunday, 3 January 2016

Resepi Bingka Ubi Senangje

Selamat tahun baru 2016...heheh sempat lagi kan..

Awal2 tahun ni mari kita layan resepi bingka. Resepi yang sangat2 senang. Memang senangje. Simple sangat2.

Bingka ni my hubby yang buat. Semenjak 2 menjak ni hobi dia la pulak duk mengitai2 resepi2 kat pesbuk. Mimpi apa la kan..hobi baru mungkin ^_^..syukur jugak dapatlah makan airtangan en.somi.. Macam bingka ubi ni kawankan dengan air kopi 434 perghhh...sedap sangat oii..

Jom cek resepi bingka ubi yang senangje ni ^_^

Bahan2
Ubi parut 4 cawan
Santan pekat 2 cawan
Gula 1 cwn
Garam 1 camca
Tepung ubi setengah cawan
Pewarna pilihan ( ikut sukahati...hubby mula2 nk buh kaler kuning..pastu tukar hijo pulak...kihkihkih..ikut dia lah..dah terrajin dah syukur sangat...)

Cara2
En. Hubby gaul rata je semua sekali harung bahan2 tu sampai sebati dan mesra ^_^.
Panaskan oven. Griskan loyang. Tuang semua adunan dalam loyang.
Bakar lebih kurang 1 jam setengah dengan suhu 200 darjah celsius
..dah masak, biar sejuk sebelum dikeluarkan dan dipotong.... nyum2 serius sedap sangat..

Senangje kan..kan

Sedap..lembut je bingka ni.


Kaler coklat gelap tu bukan hangus tau..sengaja bagi hitam2 sedap krup krap kerak dia.


rupa yang kurang lawa ni sebab masih panas lagi dah tak sabar nak keluarkan dari loyang..excited nk tengok hasil en hubby membingka. ^_^


selamat mencuba &
selamat kembali ke sekolah!


1 comment:

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu buat semua ibu2 walau dimana saja berada. Nikmati indahnya hari2 sebagai ibu. Hari ibu, semua orang boleh bergembira. Wala...