Friday, 21 April 2017

DETIK SERAM KAKAK TERTINGAL VAN SEKOLAH

adik saya kata, ujian tak datang kala kita bersedia dan bersiap siaga. tetapi kebiasaannya ia datang ketika kita leka, merasa selesa, tenang dan tak menjangka.

begitulah. apabila petang 13 april tu saya dan suami berada dirumah. suami macam biasa bersiap sedia nak pergi kerja syif malam. saya pulak tengah kalut dengan anak2 asuh nak balik.

tiba2 henpon saya bunyi, tapi saya tak sempat nak angkat dah senyap. tak lama henpon suami pulak bunyi. sebab saya tak sempat nak angkat, maybe orang tu call suami. suami bergegas keluar, sambil mention kakak nangis sebab tertingal bas sekolah.

ALLAH. bederau darah weh.

alhamdulillah. Petang tu kakak balik dengan ayah. Selamat. Terima kasih pada pemanggil yang sudi menelefon dan menunggu kakak sampai ayah datang. Terima kasih sangat2. Walau dimana awak berada kami sekeluarga sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan awak dunia akhirat.

Saya tak tahu kenapa saya tak ada rasa nak marah haritu. Tapi saya sangat2 bersyukur anak saya selamat. Betapa saya fobia dengan kehilangan. Walau dalam mimpi sungguh saya tak sanggup hadapi.

Saya angap tragedi tetingal van sekolah ni sebagai teguran kepada saya dan suami  juga makcik van. Supaya lain kali lebih berhati2.

Untuk saya dan suami, biarpun tanggungjawab menghantar dan mengambil kakak di sekolah sudah kami sub kepada makcik van pastikan sentiasa keep in touch dan ingatkan mereka selalu.

Sementara kepada makcik van dan pakcik van, pastikan cek dahulu ahli kariah van sebelum meningalkan sekolah.

anak kecik 7 tahun sendiri diluar rumah bukan keadaan selamat sekarang.

Macam mana kakak boleh tertingal dan ditingal? Nantikan.

No comments:

Post a Comment

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu buat semua ibu2 walau dimana saja berada. Nikmati indahnya hari2 sebagai ibu. Hari ibu, semua orang boleh bergembira. Wala...