Friday 27 June 2014

Kuih Kasui Mudah

Kuih Kasui Mudah

Kuih Kasui Mudah dan senangje nak membuatnya.. boleh buat untuk sarapan, minum petang atau sedekah pada majlis kesyukuran dan kenduri jiran jiran..;)

image

Kuih Kasui Mudah ni memang tersangat mudahnye dan yummy

Resepi pun mudah dan ringkas tidak memerlukan bahan yang pelbagai..semua ada di pantri .. paling tidak pun kena keluar cari kelapa parut yang fresh dan muda jer yg paling susahnye tuh..

Meh cek resepi

KuihKasuiMudah

1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung sagu/ubi
2/3 cwn gula pasir
1/3 cwn gula merah
3 cwn air
1sdt air kapur (optional)
1sdb kicap pekat
Kelapa parut + secubit garam (cari yg agak muda dan parut jgn sampi terkena kulit ari)

Satukan semua bahan kecuali kelapa parut..wiskkan sehingga sebati kemudian tapis..
Panaskan alat pengukus...(sy guna kuali jer)
Griskan loyang guna minyak masak saja..
Tuang adunan dan kukus dalam 20min..atau sehingga masak..(test cucuk guna garpu ..tarik keluar garpu bersih..means dah masak lah kasui tuh)

Sejukan..potong dan golek dalam kelapa parut yang telah di campur sedikit garam..
Tips untuk kelapa parut tahan lama dan tidak senang basi..kukus ia sebentar.

Talanggg da siap..memang sedap!

image

No comments:

Post a Comment

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...