Tuesday 11 November 2014

Lemak Kuning Nangka Muda Dengan Ayam

Assalamualaikum.. wbt

Harini nak kongsikan resepi mudah Masak Lemak Kuning Nangka Muda Bersama Ayam.

image

Nangka Muda Masak Lemak ni memang one of my faberet dish.....(suma pun faberet kalau yang sedap2 ..:p)...

Lemak Kuning Nangka ni boleh digandingkan dengan bermacam-macam bahan tambahan...such as babat..daging lembu..kambin..ikan masin..macam-macamlah. Pendek kata ikutlah selera mana tekak kita pada hari nak masak nangka muda tuh..resepi dia pun bulih di tambah dan diperkaya dengan pelbagai bahan2 rempah ratus lainnye.

Ia juga boleh di masak tak pedas, kurang pedas, pedas sikit, pedas sedang-sedang atau pedas gila. Pun ikutlah selera tekak kita juga.

Hari ni, tekak kita ni nak makan lemak kuning nangka muda masak dengan ayam tahap tak pedas langsung.  (Lepas senyum and angguk2 masa cikgu taib tanya setuju ke nak hidup bersama anak murid dia yang sorang lagi tuh..memang tekak ni dah redho makan & masak tak pedas...:p..selamat juga takyah masak asing2 untuk si kecik comel2 dua orang tuh)

image

Orait jom kita cek bahan2 nak masak nangka masak lemak kuning ni..

MASAK LEMAK KUNING NANGKA MUDA DENGAN AYAM

Bahan2
1 mangkuk besar nangka muda yang dah siap kupas dan potong kecil2 bite size..dan celur.
1/4 ekor ayam potong kecil
1 kotak santan harmoni
1 sdk serbuk kunyit/ kunyit debu
1 labu bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 sudu ketumbar biji*
2 batang serai diketuk
1 mangkuk air
Garam gula secukup rasa

Cara2
1. Tumbuk bahan2 bertanda *

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, kunyit debu dan serai sehinga naik bau. Kemudian masukkan ayam, goreng kilas sebentar. Kemudian masukkan nangka muda yang sudah di celur. Tuangkan sedikit air untuk kuah. Biar mendidih.

3. Kecilkan api masukan santan. Biar mendidih sebentar dan perasakan garam gula ikut selera..kalau selera kepada msg pun, ikut sukalah kalau nak tambah aji dan Dah siappp...

Psstt....lemak nangka ni memang heaven sangat gandingkan dengan nasi putih + sambal belacan + ikan masin. Ehehehe kalau tekak hamba la tapi...:p

Daaa selamat mencuba resepi senangje kan.

.

No comments:

Post a Comment

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...