Thursday 11 December 2014

Cekodok Pisang a.k.a Jemput jemput Pisang Mudah

Salam Khamis Salam Ceria!!

Hari ini saya nak kongsikan resepi mudah dan senanje cara nak buat cekodok pisang a.k.a jemput jemput pisang.

Alahaii resepi cekodok pun nak kongsi!!??.. ahahaha...janganlah kata begitu. Kalau anda nak tahu resepi lempeng mudah tahap kacang super simple pun ada orang tanya dan google cara2 nak membuatnye tau...serius ni.

Ada kalangan kita mencari resepi terbaik. Ada pula mencari resepi asli tradisional...dan ada yang mencari resepi super simple guna bahan2 yang ada di rumah...dan ada juga yang mencari resepi paling asas... seasas asasnye.

Sila jamu mata...cekodok pisang a.k.a jemput jemput pisang super simple.  :D :p

image

Resepi Cekodok Pisang Mudah dan senangje.

Bahan2
2 Cawan Pisang siap lecek (pisang apa2 pun boleh janji pisang yang dah masak sedap dimakan begitu saja tapi anda dah jemu nak makan begitu saja)
1 Cawan Tepung Gandum
Secubit Garam
1sdm gula (pilihan. Kalau anda guna pisang asam atau apa juga jenis pisang yang agak masam tambahlah gula sesedap rasa)

Cara2
-Satukan kesemua bahan..pisang lecek, tepung, garam dan gula gaul sebati...
-dah sebati bolehlah di jemput2 ke kuali utk digoreng..goreng terendam kaedahnye...kalau dah kuning2 coklat tu dah masak la tu..guna api perlahan....dikuatiri luar masak dalam mentah kalau api kuat.

Selamat Mencuba..

sedap dimakan begitu saja. Atau sedap juga dicicah sambal kicap Johor Style. Ahaha sambal tumis pun sedap bagi yang gemar.

image

Nyum3


No comments:

Post a Comment

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...