Friday 19 December 2014

KRISIS PEMULIHAN (HEALING CRISIS)

Krisis Pemulihan? Apa itu Krisis Pemulihan?

Ok ini yang saya baca.

Sesetengah orang akan melalui suatu jangkamasa penyesuaian apabila mereka mula mengambil supplemen dietary. Simptom-simptom ini nampak seperti penyakit, tapi sebenarnya bukan. Ia adalah tindakbalas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh supplemen, Krisis Pemulihan pun terjadi.

Antaranye lagi yang saya baca..

Ada kemungkinan...sewaktu tempohhayat untuk penyesuaian, penyakit- penyakit yang pernah dilalui oleh tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya berlaku dalam tempoh beberapa hari. Walaubagaimanapun, sekiranya tubuh kita lemah ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk pulih.

Keadaan ini adalah disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun didalam tubuh kita untuk jangkamasa yang lama; iaitu sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur,  antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Supplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.

image

Ketika proses detoksifikasi ini, ada kemungkinan pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman ( perut kembung, lapar) , cirit birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain lagi. Simptom-simptom ini adalah berbeza antara individu dan akan berlaku antara 1 hingga 2 minggu.

Dalam jangkamasa Krisis Pemulihan ini, dinasihatkan meminum air masak dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau dengan kiraan 1liter airbersih  bagi setiap 25kg berat anda. Berehat secukupnye dan makanlah sayuran dan buah-buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan,  kita akan lebih mudah untuk melalui fasa ini.

Itulah dia Krisis Pemulihan. Selepas ini, kita kita yang ambil suplemen jangan cepat melatah kalau mengalami tanda seperti disebut diatas. Pernah kan kita dengar orang komen..."alah aku makan suplemen bukan tambah baik!..sakit lagi ada!"....haaa tu lah dianya.

Kenalpasti suplemen anda sebelum meng'consume'nya.







No comments:

Post a Comment

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...