Friday, 20 March 2015

IKAN SIAKAP KUKUS LIMAU SENANGJE

Salam Jumaat.
Lama betul tak tulis pasal resepi. Tetiba hari ni terasa nak share pulak pasal resepi. Resepi pilihan kali ni Siakap Stim Limau. Resepi ni memang sempoi, mudah dan senangje. Main campak2 je dah kompem sedap. Janji!....^_^

Sambil tu layan dulu gambar siakap stim limau yang kali keberapa punya ntah..time ni bahan tak cukup dan main campak jer apa yang ada dalam esbok!...lalalala...ni pun sedap tak hingat punya nalaa.


Ok. Jom cek bahan2 dan cara2 yang senangje tu.

SIAKAP KUKUS LIMAU
bahan2
1 ekor ikan siakap siap siang cuci bersih
1 labu bawang merah/besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
5 biji cili padi
1 biji limau nipis ambil jusnye
1sdm sos tiram
Sepokok daun ketumbar
Setengah batang carrot
Semangkuk bunga kobis
Setengah biji Lada bengala
Garam gula secukup rasa

Cara2
1. Letakan kuali sedang2 muat seekor ikan siakap diatas dapur. Masukkan ikan yang dah dicuci bersih.
2. Potong dadu bawang merah, Bawang putih dan halia taburkan atas ikan.
3. Hiris nipis serai dan tabur juga ke atas ikan dlm kuali.
4. Hiris cili ketepikan.
5. Potong carrot, bunga kubis dan lada bengala ikut bentuk disukai dan ketepikan.
6. Curah air kedalam kuali sehingga hampir tengelam ikan. Hidupkan api dapur tahap sederhana. Tutup kuali. Biar air mendidih dan biar ikan hampir masak.
7. Agak ikan hampir masak, kecilkan api. Masukan garam gula sos tiram, jus limau, sayuran dan daun ketumbar. Gaul mesra perlahan (gaul pada kuah dia jer. Jangan pi godak ikan dia skali..jadi bubur ikan pulak karang!!). Rasakan kesedapannye dah kena dgn tekak ke belum.^_^. Kalau dah, dah bulih padam api. Dan hidang dalam pingan cekung bujur.

Dah siap. Siakap Stim Limau ni memag kompom sedap! Makan panas2 dengan nasi panas. Jangan lupa dadarkan telur. Kalau telebih rajin boleh goreng kankung belacan sekali...nak lagi sedap wat sambal belacan skali...kikikiki...terbaik betul. ^_^

sedap! Kompom ^_^



Orait selamat mencuba! ^_^

4 comments:

  1. saya dah try buat..memang simple n sedap...suami saya memng suka siakap..tapi saya x makan..hehe..janji suami anak2 kenyang senang hati..hahaha..tq 4,simple receipi..

    ReplyDelete
  2. saya dah try buat..memang simple n sedap...suami saya memng suka siakap..tapi saya x makan..hehe..janji suami anak2 kenyang senang hati..hahaha..tq 4,simple receipi..

    ReplyDelete
  3. sy dh try mmg sedap tq mama iman

    ReplyDelete

Kek Minyak Mudah dengan Noxxa

Tengok 'hantaran' kek minyak by mamamia2 kat pesbuk nampak sedap sangat. Teruja nak cuba juga. Maka dengan gigih semalam buat juga ...