Wednesday 17 June 2015

Sambal Tumis Garing

Puasa puasa ni....ada sesetengah orang, time nak sahur becinta sungguh nak panggil selera datang..
tapikan...saya tak pernah pulak tak berselera...^_^
Ada saja pembuka selera yang mengasak gasak rasa untuk makan makan dan makan. sehingga ke minit2 terakhir selera sentiasa setia menemani. kihkihkih,,,memang dasar ek..


Hari ni saya nak kongsikan satu menu menjemput selera. Kalau tengok pada gambar ni memang macam tak terbuka langsung selera..bhahaha...tapi belum cuba belum tau.. belum bau belum mahu.. belum rasa memang tak pecaya ^_^

Sambal ni sempoi dan mudah saja. Saya bagi tajuk sambal ni Sambal Tumis Garing... sebab memang dia garing dan rangup2 sikit

Sambal Tumis Garing
Jom cek resepi yang senangje ^_^

bahan2
20 tangkai cili kering (direbus lembut- toskan)
1 biji kentang (kupas- hiris nipis macam nak buat kerepek)
1 genggam bilis
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
garam 
gula 
serbuk perasa  (ikut selera )

cara2
1. blender cili kering bersama bawang merah dan bawang putih tapi jangan halus sangat..kalau ada food prosesser lagi mudah ^_^
2. goreng kentang sehingga kekuningan dan agak garing, angkat dan toskan. kemudian goreng bilis sehingga garing angkat dan toskan juga. Bilis ni ikut suka nak jenis yang mana.. saya suka bilis hitam yang gedabak tuh !  ^_^
3. dengan minyak yang sama tumiskan bahan yang di blender tadi. tumis sehingga terbit minyak dan agak kering..kalau dah kering bolehlah masukan kentang dan ikan bilis yang dah digoreng tadi. kemudian perasakan garam gula dan serbuk perasa jika suka... kalau saya memang suka saje..:p hehhehe. okey itu saja ..dah siap..


sambal tumis garing 


Bebel Sikit :- kena berhati2 masak sambal ni..silap silap hangus jadiknye.. dalam proses nak garingkan tu memang mencabar sikit.  ^_^
saya pun masih mengasah skill untuk mastering sambal ni..^_^


selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...