Monday 7 March 2016

Meatball Cheese Senangje Ala-ala IKEA

Assalamualaikum..
Wah lamanya tak kemas rumah ni.. haha..bulan februari sibuk yakmat (konon2 la ..acah2 study exam KAP :p ) sebab tu tak ada entri (alasan  baik punyaaa)

Ok kali ni nak share resepi simple dan senangje. Memang tersangatla senang..lagi2 dibantu bik noja ( siapa tu?? Carikla ada cerita kat entry lepas2 hihihi )

Gara2 encik husband yang terpikat sangat dengan makanan ala2 omputih..hahai..layann

Tak mahu cerita panjang. Mari baca resepi..^_^

Meatball cheese ala2 ikea

Bahan2
20 biji Meatball  (saya guna jenama marina sebab en. Husband yang cari beria2..klu ikut saya beli saja jenama ramly atau buat sendiri pun boley)...

Cara masaknye..saya serahkan bik noja HP 3 minit je.
Cara lain boleh goreng api kecil sampai masak golden brown dengan minyak sedikit. Angkat ketepikan.

Bahan2 kuah/gravy
2 sudu butter
1 setengah sudu tepung gandum
1 biji bawang merah dadukan
1 biji tomato dadukan
3 sdb sos cili
3 sdb sos tiram
1 kiub ayam
1 sdb lada hitam (tumbuk)
2 cawan air
1 genggam mozarela cheese (opsyen)

Cara2
1. Panaskan periuk comel masukan butter biar cair...
2. masukan bawang merah..kacau bagi layu dan naik bau..kemudian masukan tepung gandum..kacau bagi rata..api kecil ye...
3. kemudian masukan tomato..kacau bagi layu..masa ni boleh masukan air supaya tidak hangit...kacau sebati.
4. kemudian masukan kiub ayam hancur2kan..diikuti dengan sos cili dan sos tiram. Sentiasa kacau kuah dan guna api perlahan atau sederhana.
5. Masukan lada hitam yang telah ditumbuk...perasakan kuah ikut selera masing2.. saya tak tambah garam atau gula sebab dah cukup masin manis dan lemak2nye.
6. Apabila dah mendidih dan cukup rasa semua..matikan api dan biar sebentar..
7. Lastly tuang kuah kedalam blender dan blend kuah bagi halus n smooth. Kemudian tuang semula kedalam periuk dan masukan mozarela cheese..gaul bagi rata dan cheese cair... siap. Bolehlah tuang atas meatball yg dah susun cantik2... gu kan la dengan sayur2 pilihan dan fries kalau suka.

Tudia..panjang sangat aiihh step dia.. padahal kalau buat sekejap saja. Abadi dalam ayat ..mak datuk panjang pulak... tapi memang swear kejap je buat kuah dia ni..tak sampai setengah jam..dah setel ..siap dah boleh duduk ngap..nyum nyum nyumm emmm dapp.

Try jangan tak try yek. ^_^

Layan gambar!

Sedap! 


alhamdulilah..kenyang.


punah diet mak encik oii!!!!




*********************************************************
update shaklee 
bulan ni promosi ESP buy 6 free 1...
moh le grab..bebaloi2

ada lg satu  nak kabo ...pssstt nutriferon ni memang osem sangat...lembut je kulit..hahaha padahal makan untuk tujuan firewall.. ^_^

No comments:

Post a Comment

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...