Wednesday, 9 March 2016

Mi Kari Senangje Sedap Dan Mudah

Salam
Gerhana Matahari Separa tarikh harini... tapi bukan nak cerita pasal gerhana matahari la. Takde amik gambo pun. Dapat tengok kawan2 send kat wasap je pelbagai sudut cantik menarik.. subhannallah

Nak cerita pasal mi kari je harini. Alkisah ada 3 bungkus mi kuning dalam aisbox. Asik la masak mi goreng dan mi sup..lama2 bosan juga. Tu yang teringat nak buat mi kari. Mi kari ni bahannye besepah sikit ..lagi pulak belemak santan belada..tu yang tak berapa nak rajin buat. Sebab mudah muak. Sesekali sedap la dan rasa mewah sikit selera. ^_^

Macam biasa resepi memang tesangatla mudah dan senangje. Yang sebetulnye resepi2 dalam senangje ni memang semuanya senang dan resepi biasa yang saya guna dan saya suka rasanye kena dengan selera saya sekeluarga. So simpan dan kongsikan dalam ni untuk rujukan sendiri kemudian hari.. kadang2 kita nak ulang masak tapi telupa. Maklumla masak sesekali...lainlah masak air dan masak nasik putih..tp kalau pejam mata pun mengagau nak cari piuk belanga weh.. :p

Mari cek resepi dia Mi Kari Senangje ni

Bahan2 (utk 2 org makan siap tambah sorang sekali :p lepas tu leftover utk sarapan :p) <---yg ni boleh buat entry lain ni..kikiki

Untuk kuah
1/4 ayam saya ambil bahagian dada potong kiub/kecil
2 keping fishcake potong nipis
2 bungkus fishball belah 2
(Udang ayam danging sotong ketam opsyen ye)

1 biji bawang merah besar*
7 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 camca kunyit serbuk* ( opsyen kdg sy letak kdg x letak)
2 btg serai dititik
3 pelepah daun kari
3 biji buah pelaga
2 bj/kuntum bunga lawang
1 btg kayu manis yg kecil je
2 senduk serbuk kari (sy guna kari ikan babas)
1 kotak santan kara 200ml
Minyak untuk menumis yang ni agak2 la..tak pernah sukat pun..rasanya dlm 2 senduk

Cara2
1. Blender bahan2 bertanda *
2. Panaskan minyak..tumiskan serai dan daun kari serta 3 sekawan (pelaga kayu manis dan bunga lawang) kemudian masukan bahan yang diblender..tumis sampai agak naik minyak.
3 . Masukan rempah kari gaul rata. perlahankan api biar naik minyak.
4. Masukan ayam gaul mesra bagi ayam kluar jus. Besarkan api sedikit.
5. Masukan air dan biar mendidih.
6. Masukan santan. Kecilkan api semula supaya santan tidak pecah teruk. Kemudian masukan fishball fishcake..dan perasakan masin manis lemak2nye.. dah cukup semua puas hati rasa dan yakin masak fishball fiscake tu tutup api.
Dah siap kuah mi kari kita...^_^ senangje kann

Ok langkah seterusnye ..bahan2 sampingan yang nak di makan bersama..biasanya yang ni saya buat serentak masa masak kuah tadi

5 biji telur direbus dah sejuk kupas la pulak kan.
1 bungkus mi kuning dicelur
1 mangkuk tauge dicelur
1 mangkuk sawi potong dan dicelur
3 keping tauhu digoreng dan dipotong kecil
4 biji limau kasturi di belah dua
2 biji cili besar dihiris nipis

Siap semua..boleh la mula menghidang dan menikmati mi kari..senangje kannn..^_^

sedap! 




********************************************

antara gambar gerhana matahari daripada perkongsian rakan saya (aslinda mamat) di wasap  ..2019 nanti ada lagi gerhana spara...yang full dapat kat malaysia 2043 kalu tak silap saya ..belaku di sabah..nak info lebih tepat..rajin2 membaca dan search yek ^_^

No comments:

Post a Comment

Kek Minyak Mudah dengan Noxxa

Tengok 'hantaran' kek minyak by mamamia2 kat pesbuk nampak sedap sangat. Teruja nak cuba juga. Maka dengan gigih semalam buat juga ...