Saturday 20 August 2016

Senangje Nak Kurus?

Assalamualaikum..

Salam siaran semua ^_^

Beberapa hari ni topik berlegar setiap kali berbicara ialah..kurus..bila nak kurus..aku makan tak kurus..makan makan pastu cakap nak kurus..wakakakakakaka...aduhai

Eh pernah dengar tak pasal masakan berasaskan tempe..nama dia tempe bacem...sedap weh..

Meh saya kongsikan cara buat dia. Senangje caranye. Cuma kerja 2 kali masak je la. Merebus dan menggoreng...okey jom cek resepi yang senangje nih ^_^.


Tempe Bacem

Bahan2
3 keping tempe
2 sdm ketumbar biji*
1 sdm Jintan kasar*
1 kpg Asam keping
Garam
gula


cara2
pertamanye potong tempe ketepikan. Kemudian kisar bahan bertanda * dan masukan kedalam periuk. Masukkan juga tempe yang dipotong tadi bersama asam keping dan curah air sehingga tengelam tempe. Kemudian perasakan garam dan gula. Tenggek diatas dapur dan biar tempe direbus sehingga air kering. Selepas kering keluarkan tempe. Panas kan kuali si minyak dan kemudian goreng pula tempe yang telah direbus bersama rempah tadi. Siap.


inilah rupa tempe yang telah direbus sehingga kering air.
Yang kemudiannye digoreng pula sehingga kekuningan dan wangi.

Tempe Bacem sedap dimakan begitu sahaja atau bersama2 nasi dan lauk pauk lainnye. 



************************************
shaklee bulan ogos 2016 promosi ostematrik buy 6 free 1.
antara kebaikan ostematrik..menguatkan tulang dan gigi...melancarkan perkumuhan..bagus untuk wanita mengandung..dan banyak lagi.

No comments:

Post a Comment

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...