Sunday, 21 August 2016

Resepi Kari Kerisik Daging

Assalamualaikum

Salam siaran ^_^.. cerita kali ni nak share resepi pra aidil adha. Hihihi. Daging masak kari kerisik dan juga ketupat noxxa. Janji... resepi ni memang mudah dan senang je ..yet delicious.. :p...hahaga bajettt..tapi memang kompom sedap

Layan gambar dulu ^_^
Memang sedap..ketupat yang lembut dan kari kerisik daging empuk yang lazat


Hidangan ini dah masuk senarai untuk menu aidiladha nanti. Simple dan pasti sedapnye. 


Model sedang beraksi ..yummy


periuk noxxa yang sangat berjasa dan berbaloi-baloi. Theheheh amboi comotnye..tak dan nak grooming dia dah snap pic.


okey. Meh cek senarai bahan2 untuk masak daging Kari Kerisik. Untuk portion kali ini saya masak 1/3 dari sekilo daging

daging potong dadu
bawang besar 1 biji
bawang putih 3 ulas
halia 1 inci
rempah kari babas 1 senduk nasi (membukit)
kerisik 4 sudu makan
buah pelaga 3 biji
kayu manis 1 batang
bunga lawang 2 kuntum
garam dan perasa.

cara masak senangje. 
1. Mayang bawang putih dan merah ketepikan..parut halia menjadi pes.
2. Panaskan minyak dalam kuali..(dlm senarai bahan2 tak ada pun sebut minyak..thehehe..yang ni asas kut pada saya..macam kalau kita nak masak confirm mesti.ada gas kan..:p)..minyak dah panas masukan rempah tumis (pelaga. Kayu manis. Bunga lawang) kacau seketika dan masukan bawang merah dan bawang putih serta halia. Kacau sehingga agak layu dan kekuningan. 
3. Kemudian masukan daging dan gaul sebati..setelah air daging keluar dan agak kering..masukan rempah kari gaul rata bersama daging dan masukan kentang jika suka..kemudian masukan air sehingga tengelam daging..kacau dan tutup biar daging empuk dan masak.
4. Setelah daging empuk masukan kerisik gaul rata..perasakan masin manis dan lemaknye ikut selera..setelah kuah pekat cantik ikut selera..matikan api. Siap.

Hidang bersama ketupat nasi/ nasi impit.

ketupat segera noxxa

bahan2 
beras
plastik
sealer

cara2
masukan beras kedalam pelastik dengan kuantiti ukuran 1/3 plastik. Seal (nak stapler pun bulih..nak bakar papaki.lilin pun bulih..yg ada impulse sealer tu lg mudah kerja :p) . Masukan ketupat ke dalam periuk noxxa dan isi air menengelami ketupat yang hendak direbus.
tutup periuk. Dan set HP selama 30 minit. 
Ketupat jadi dengan cantik dan lembut.

selamat mencuba.

*************************************

salam shaklee.
yang jaga badan tu kalau risau 'gemms' lps makan ketupat dgn kari daging ni bulih la ambil lecithin dan juga omega...boleh bakar balik lelemak2 tu dan juga halang kolestrol membiak.


No comments:

Post a Comment

Kek Minyak Mudah dengan Noxxa

Tengok 'hantaran' kek minyak by mamamia2 kat pesbuk nampak sedap sangat. Teruja nak cuba juga. Maka dengan gigih semalam buat juga ...