Saturday, 26 November 2016

Merencana Masa Depan Biar Realistik??

20 tahun akan datang saya masih sihat. InshaAllah. Menikmati kehidupan yang sempurna dan normal.
Ini betul2 harapan saya untuk 20 tahun akan datang. Diberi kesihatan yang baik (Dengan kehidupan powered by shaklee). Keluarga yang penuh kasih sayang suami dan anak2 disekeliling. Pendek kata sempurna segala segi.

Anak2 yang bahagia dan bejaya. Hopefully cucu saya dah 3 time tu. Hahaha.  Inshaallah.
Ini memang impian sangat. Hahaha. Sentiasa mendoakan agar anak2 saya yang dua ini sihat dan mampu belajar hingga ke peringkat tertinggi sekaligus berjaya dengan cita2 masing2. Saya juga mendoakan mereka berkahwin awal. Heheh awal tu dalam umur 22 23 la. Harapnye. Itu memang waktu yang sangat sesuai berumah tangga menurut saya. Thehehehe.

Plan istiqamah setahun 12gm emas. Dan gandakan jumlah setiap 2tahun. InshaAllah.
Trend menyimpan emas dah bermula. Jadi saya taknaklah ketinggalan. Lagipun wanita dan emas kan bff. Jadi ini merupakan pelaburan yang sangat bijak bagi saya. Jikalau saya merikut perancangan yang dah saya gariskan, inshaAllah bekilo juga dapat kumpul tu dalam tempoh 20 tahun ni.

Mempunyai kuasa membeli yang selesa sesuai zaman. Merupakan antara pembayar zakat terbesar.
Saya memang seorang yang tamak dan suka membeli lebih. Biar telebih jangan tak cukup menurut saya. :p haihh. Sedih rasanya jika hanya mampu memandang tetapi tidak mampu memegang. Berkeinginan tetapi tak berkemampuan. Tertekannye rasa. Maka untuk itu saya akan berusaha memastikan saya buat dan dapat hasil. Hasil tu la kuasa saya untuk membeli akhirnye.

Dengan menyimpan emas berkilo2 harus la zakat kena bayarkan. Zakat pendapatan pun kena bayar. Jadi untuk memastikan saya jadi pembayar zakat pendapatan. Maka saya kenalah mendapatkan pendapatan yang besar sehingga melayakkan saya membayar zakat. I will work for it.

Dengan menjadi pembayar zakat terbesar maka saya telah beri orang kuasa. Biar lebih ramai orang dapat menikmati kehidupan dah memiliki kuasa. Kuasa membeli je pun jadik la kan. Thehehehe.

Bersantai2 di kedai kopi melihat staff saya mengira hasil jualan pada hari tersebut. Sambil2 melihat anak saya melayan cucu saya makan scones. Sementara menantu saya melayan order pelangan shaklee yang entah keberapa kali untuk hari tersebut.
Kedai kopi adalah impian saya sangat2. Membancuh air dan menghidang kepada pelangan. Kemudian melihat pelangan minum sehingga habis licin adalah kepuasan. Kepuasan. Kedai kopi saya ni berkonsep santai moden. Tetapi menjadi barister bukanlah impian.

Shaklee ini boleh diwariskan. Ia bukan sekadar untuk diri sendiri. Saya sangat berharap saya akan terus istiqamah dengannye. Begitu rancangan saya. Biar slow
tapi still ada flow.

"Tokmanye.. dah time ni ..jom g masjid". Kata suami saya pencinta vivix yang still segak itu.
Meniti tua bersama sahabat sejati saya yang sorang ini adalah doa2 yang wajib. Semoga Allah kabulkan segalanye dan mengizinkan rancangan 20 tahun saya yang tertulis cantik dalam planner ini terzahir sepenuhnye.

Jom berimpian besar!
Jika kita sentiasa berjaya melaksanakan impian maka belum cukup besarlah impian kita itu sebenarnye.
Macam pernah dengar ayat ini tapi lupa quote sebenarnye bagaimana. Hehehe.

Mama iman a.k.a ~Tokmanye pencinta supp.shaklee~
017.662.2042

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#landmarkstudy
#ninjas15
#bolehsayabantu

No comments:

Post a Comment

Kek Minyak Mudah dengan Noxxa

Tengok 'hantaran' kek minyak by mamamia2 kat pesbuk nampak sedap sangat. Teruja nak cuba juga. Maka dengan gigih semalam buat juga ...