Thursday, 3 November 2016

Pucuk Manis Tumis Air Bersama Telur

Mudah dan senang je buat dia.

Bahan2.

Secekak pucuk manis
Sebutir telur
Sebiji bawang merah
Tiga ulas bawang putih
10 ekor ikan bilis
Garam dan perasa pilihan.

Cara2.

Bersihkan pucuk manis. Tumbukan bawang merah putih dan ikan bilis sehingga lumat. Panaskan kuali dan minyak sedikit. Tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi..masukan pucuk manis dan gaul rata. Masukan sedikit air dan biar mendidih. Pecahkan telur ke dalam masakan. Biar telur masak sedikit. Kacau balik sebentar. Perasakan lemak2 masinnye. Siap.

Sedap dan segar. Sesuai untuk menu kanak-kanak juga.

No comments:

Post a Comment

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu buat semua ibu2 walau dimana saja berada. Nikmati indahnya hari2 sebagai ibu. Hari ibu, semua orang boleh bergembira. Wala...