Saturday 14 January 2017

Mi Hailam Sedap Gaya Bebas

Dah lama terpikir nak masak mi hailam ni. Cumanye kadang-kadang bila ada mi, sayur2 tak ada.

Atau ada sayur-sayur, mi tak ada.

Atau ada sayur mi kuning dan sotong udang tapi kerajinan tak adaaaa. :p

Sebetulnya dah ingat2 lupa resepi and step by step masak mi hailam ni. Tapi sebab dah kat dapur and kerajinan yang amat. So jalan sajalah. Kita main campak2 gaya bebas.

Lepas dah masak and makan baru jalan2 pusing2 google intai resepi. Ooo lebih kurang je semua. Hihihi

Tapi kat sini saya share resepi gaya bebas saya la yek. Sebagai kenangan sendiri. Rasanya biasa2 aja. Kalau terdesak boleh je pakai. ^_^

Tadi saya pakai setengah peket je mi kuning.
Sotong kecil2 semangkuk kecil
3 ulas bawang putih
Sos tiram 3 sudu
Kicap lemak manis secukup rasa
Sayuran nye pulak karet, bunga kobis, yang hijau mcm bunga kobis tu apa nama dia..haish boleh blank kejap..sedap sangat kut mi hailam ni tadi.. ^_^ sampai lupa nama makhluk sayur tu...pastu sawi. Hahaha saja nak bagi ratah sayur sebenarnya.

Mula2 tumiskan bawang putih biar wangi,  lepastu masukan sayuran dan sotong..kacau2..masukan sos tiram. Kemudian masukan air sedikit. Masukan mi...kacau sebati..dah didih sikit kuah dia, masukan air bancuhan tepung jagung. Gaul rata and curah kicap sesedap rasa dan mata. Rasakan. Siap.

Oleh kerana nak makan dengan anak2..jadi takde la cili. Tetapi tak pedas tak sedap kan untuk tekak dewasa. So saya ketukan cili padi dan campak selepas cedokan bahagian anak2. Maka sekali masak dapat dua rasa. Jimattt. Hihihi.

Korang kalau nak resepi yang lagi sedap buat sendiri. :p

mi hailam gaya bebas katanye..
hahaha comotnye pic!  :p

No comments:

Post a Comment

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...