Sunday, 8 January 2017

Pecal!

Since mak takde. Seingat saya baru sekali saya buat pecal ni.

Pic bawah ni kuah sambal tu kawan yang beri.

Saya pun dah tak berapa ingat exactly apa bahan2 yang diperlukan untuk buat kuah kacang yang sedap tu.

Antara bahan2 yang diguna
Kacang tanah
Cili padi*
Cili kering*
Bawang merah*
Bawang putih*
Cekur a.k.a kencur
Belacan*
Asam jawa
Garam
Gula
Aji

Kacang tanah digoreng. Kemudian goreng bahan2 bertanda *. Bentang tikar. Kemudian ambil lesung dan susunkan semua bahan2 kat bawah dan duduk bertimpuh ker bersila ke. Dan teruskan kerja2 menumbuk di bawah.. thehehe. Tumbuk semua bagi lumat..kemudian campurkan. Rasakan masin manis pedasnye. Dah siap..bolehlah dicurahkan air panas. Gaul2 dan tentukan kepekatan yang dikehendaki.
Lepastu celur sayur2 pilihan. Jantung pisang. Pucuk ubi. Pucuk betik ke..kangkung. kacang panjang dll yang anda sukaa.
Dan gorengkan tempe tauhu.
Susun sesayuran tu..kemudian tuang kuah. Dah siap. Senangje kan.

Bon apetit.

No comments:

Post a Comment

Kek Minyak Mudah dengan Noxxa

Tengok 'hantaran' kek minyak by mamamia2 kat pesbuk nampak sedap sangat. Teruja nak cuba juga. Maka dengan gigih semalam buat juga ...