Saturday 11 February 2017

Pengat Labu Sedap Mudah Dan Senangje

Pengat labu kesukaan akak. Senang pun senang. Main campak2 tengek atas dapor. Sekejap je siap. Hihi.

Bahan dia labu, gula melaka, garam secubit, daun pandan sehelai dua, air dan santan. Itu je akak guna. Haa biji sagu sikit a.k.a telo katak. :p

Paling suka letak biji sagu dalam pengat tu. Makan panas-panas. Ooooo sodapp.

Pstt ..kadang-kadang time angin malas akak datang labu tu akak just potong-potong je. Kemudian masak je dengan biji dan kulit-kulit dia sekali. Sedap tau. Tapi sebelum tu basuh dulu bersih-bersih kulit dia la.

Sebenarnya cara ni daripada arwah mak akak lagi dah praktikan.

Eh korang tahu kan biji labu ni sangat bagus sebenarnya. Boleh merangsang interferon semulajadi dalam badan dengan menghalang radikal bebas dan mencegah kanser.

Ok. Lepas ni ada alasan lagi banyak untuk tak buang biji labu tu. Heheheh

Bon apetit

Main campak2 je semua bahan baru tengek atas api lepas tu. Santan last la tapi selepas labu empuk ye sayang2 suma.

Biji labu penuh kebaikan tau!


hasil akak memengat 11 februari 2017. Hahaha saja buh tarikh..nanti2 mesti anak akak teruja bila diaorang baca masa akak dah tak ada..huhuhu

No comments:

Post a Comment

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...