Tuesday, 10 June 2014

Kuih Lapis Mudah

Kuih lapis mudah. Baca tajuk pun dah terbayang betapa mudahnya..hehehe..tapi memang sungguh mudah..bagi yang rajin segala benda akan menjadi mudah bila ditambah dengan usaha yang bersungguh :)..
Wah mudahnya menaip perkataan mudah ;)

image


Meh check resepi. Resepi ni dah ditokok tambah dari resepi dari sorang kenalan di fb, kak jalilah jj..tq kak jalilah jj ye (hehehe walaupun kebarangkalian kak jalilah jj nk baca entri ni 0%).

Bahan-bahan:
  • 2 cwn tpg gandum
  • 2 cwn tpg beras
  • 1/2 cwn tpg sagu
  • 1 1/2 cwn gula
  • 5 cwn santan (1 kotak santan + air)
  • Secubit garam

Cara-cara:
  1. Mix semua bahan2 sehinga larut..kemudian tapis dan bahagikan kepada 2. Sebahagian diwarnakan merah dan satu lagi biar plain.
  2. Griskan loyang dgn minyak masak jer ;)..panaskan sebentar dlm pengukus...tuang lapisan petama kukus 5 min...tuang lapisan kedua n kukus 5min dan seterusnye hingga habis adunan...kukus lapisan terakhir lama sikit dlm 25min..atau sehinga masak ;)
  3. Dah siap..sejukan baru potong..mudah kan?
Selamat mencuba. Kuih Lapis Mudah.


No comments:

Post a Comment

Kek Minyak Mudah dengan Noxxa

Tengok 'hantaran' kek minyak by mamamia2 kat pesbuk nampak sedap sangat. Teruja nak cuba juga. Maka dengan gigih semalam buat juga ...