Tuesday 1 November 2016

Ikan Masak Pindang Senangje Style

Ini antara menu kegemaran saya. Buatnye pun mudah bahannye pun yang wajib ada di dapur.

Kenapa saya suka share menu yang senang je..tak thrill betul kan. Hahaha...yang betulnye saya share apa yang saya masak. Saya jadi teringat nak share segala yang mudah dan senang kerana ia dekat dengan saya. Tujuan saya buka blog mula2 dulu pun sebab nak share dengan adik beradik je resepi yang sebati dengan kami ketika membesar. Semua masakan yang mak kami masak mudah2 belaka dan bahan2 adalah yang sekitar2 kami.

Mak tak akan masak yang pelik dah mahal2 untuk makan harian. Time hari raya atau kenduri kendara je ada gulai sedap2. Tapi paling sedap sup kaki lembu setiap kali balik dari bandar muar. Ini semacam satu kemestian. 

Akhirnye kami makan apa yang mak makan..dan kami tak makan atau sukar terima yang mak tak pernah masak dan mak tak makan. Dulu la masa kecik2. Dah tua2 ni semua bedal. (Senyum & kenyit mata sebelah)


Jom cek resepi ikan pindang senangje.

Ikan senangin 4 ekor
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah 1 biji
Kunyit serbuk 1sdm
Asam keping 1 kpg
Garam dan perasa secukup rasa

Bersihkan ikan ketepikan.
Kemudian tumbuk bawang putih dan bawang merah. Panaskan kuali dengan minyak sedikit untuk menumis.
Tumiskan bawang yang dah ditumbuk bersama kunyit.
Masukan ikan, asam keping dan curah air separas ikan. Gaul perlahan bagi mesra rempah. Tutup kan kuali sekejap sehingga ikan masak.
Periksa ikan. Masukan garam. Perasakan masin dan lemak2 nye. Ikut la selera masing2 nak letak aji ke..magi secukup rasa ke..atau nak plain je masin & lemak ikan tu je pun dah yummy.

Orait. Siap.

No comments:

Post a Comment

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...