Monday, 1 August 2016

Salam Syawal 1437H

Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca dan pengunjung blog.
Belum terlambat untuk saya mengucapkan salam syawal 1437h..hakikatnye syawal pun dah berlalu. ^_^...selamat hari raya maaf zahir batin...minal aidil walfaizin..

Salam zdulkaedah pulak ^_^

Trowback syawal 1437h


semuanye kawan2 dari zaman sekolah rendah...semoga silaturahim ini berpanjangan.




Thursday, 12 May 2016

Nasi Arab Senangje

Hahai..lama betul tak menjenguk rumah ni...besawang sudah.

Ni sajalah nak share satu menu yang sedap. Hehehe..kira homemade la kan. Sebab masak sendiri. Tapi resepi sudah sedia la...

Sedap you!! Tak rugi cuba ^_^ Nasi Arab Syed.

Boleh pakat2 pi cari ni brand. 

Mabeles ^_^ sedap keseluruhan menepati citarasa Sy.




cuba jgn tak cuba
_______________________________________________

cerita shaklee...lps makan telan omegaguard ke lecithin ke...
kut la takut lemak besarang ^_^

Saturday, 12 March 2016

Sambal Tempe Gedek Buat Sahabat

Sambal tempe ni memang simple sangat. Ia resepi dari kawan istimewa. Kawan dari darjah satu hingga kini. Kawan yang bukan bff tapi sangat istimewa. Berkawan bergaduh berkawan berselisih pendapat berkawan berbeza pandangan berkawan bertukar pandangan dan still bekawan...oh kawan aku sayang kamu kerana Allah.

Resepi sambal tempe gedek sahabat saya ernie farziana ahmad

Tempe dipotong kecil dan digoreng
bwg merah, bwg kecik, cili padi, belacan, bilis tumis
Smpai garing
Ltk air asam jawa
Perasakan Gula garam

***(Pki asam keping boleh tp jgn biarkn dlm tu nti masam sgt plak. Rencah tu boleh blender@tumbuk)***pesanan istimewa dari pemilik resepi.

Simple sangat kan...tapi ya Allah dia punya sedap tu aishh boleh habis nasi berpinggan2.


Meh tengok hasil sambalnye

Sedap! Pedasss!

mabeles ^_^

Cuba jangan tak cuba kepada hantu pedas :p




*************************************************
Sisipan kenangan dihari jadi

Wednesday, 9 March 2016

Mi Kari Senangje Sedap Dan Mudah

Salam
Gerhana Matahari Separa tarikh harini... tapi bukan nak cerita pasal gerhana matahari la. Takde amik gambo pun. Dapat tengok kawan2 send kat wasap je pelbagai sudut cantik menarik.. subhannallah

Nak cerita pasal mi kari je harini. Alkisah ada 3 bungkus mi kuning dalam aisbox. Asik la masak mi goreng dan mi sup..lama2 bosan juga. Tu yang teringat nak buat mi kari. Mi kari ni bahannye besepah sikit ..lagi pulak belemak santan belada..tu yang tak berapa nak rajin buat. Sebab mudah muak. Sesekali sedap la dan rasa mewah sikit selera. ^_^

Macam biasa resepi memang tesangatla mudah dan senangje. Yang sebetulnye resepi2 dalam senangje ni memang semuanya senang dan resepi biasa yang saya guna dan saya suka rasanye kena dengan selera saya sekeluarga. So simpan dan kongsikan dalam ni untuk rujukan sendiri kemudian hari.. kadang2 kita nak ulang masak tapi telupa. Maklumla masak sesekali...lainlah masak air dan masak nasik putih..tp kalau pejam mata pun mengagau nak cari piuk belanga weh.. :p

Mari cek resepi dia Mi Kari Senangje ni

Bahan2 (utk 2 org makan siap tambah sorang sekali :p lepas tu leftover utk sarapan :p) <---yg ni boleh buat entry lain ni..kikiki

Untuk kuah
1/4 ayam saya ambil bahagian dada potong kiub/kecil
2 keping fishcake potong nipis
2 bungkus fishball belah 2
(Udang ayam danging sotong ketam opsyen ye)

1 biji bawang merah besar*
7 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 camca kunyit serbuk* ( opsyen kdg sy letak kdg x letak)
2 btg serai dititik
3 pelepah daun kari
3 biji buah pelaga
2 bj/kuntum bunga lawang
1 btg kayu manis yg kecil je
2 senduk serbuk kari (sy guna kari ikan babas)
1 kotak santan kara 200ml
Minyak untuk menumis yang ni agak2 la..tak pernah sukat pun..rasanya dlm 2 senduk

Cara2
1. Blender bahan2 bertanda *
2. Panaskan minyak..tumiskan serai dan daun kari serta 3 sekawan (pelaga kayu manis dan bunga lawang) kemudian masukan bahan yang diblender..tumis sampai agak naik minyak.
3 . Masukan rempah kari gaul rata. perlahankan api biar naik minyak.
4. Masukan ayam gaul mesra bagi ayam kluar jus. Besarkan api sedikit.
5. Masukan air dan biar mendidih.
6. Masukan santan. Kecilkan api semula supaya santan tidak pecah teruk. Kemudian masukan fishball fishcake..dan perasakan masin manis lemak2nye.. dah cukup semua puas hati rasa dan yakin masak fishball fiscake tu tutup api.
Dah siap kuah mi kari kita...^_^ senangje kann

Ok langkah seterusnye ..bahan2 sampingan yang nak di makan bersama..biasanya yang ni saya buat serentak masa masak kuah tadi

5 biji telur direbus dah sejuk kupas la pulak kan.
1 bungkus mi kuning dicelur
1 mangkuk tauge dicelur
1 mangkuk sawi potong dan dicelur
3 keping tauhu digoreng dan dipotong kecil
4 biji limau kasturi di belah dua
2 biji cili besar dihiris nipis

Siap semua..boleh la mula menghidang dan menikmati mi kari..senangje kannn..^_^

sedap! 




********************************************

antara gambar gerhana matahari daripada perkongsian rakan saya (aslinda mamat) di wasap  ..2019 nanti ada lagi gerhana spara...yang full dapat kat malaysia 2043 kalu tak silap saya ..belaku di sabah..nak info lebih tepat..rajin2 membaca dan search yek ^_^

Monday, 7 March 2016

Meatball Cheese Senangje Ala-ala IKEA

Assalamualaikum..
Wah lamanya tak kemas rumah ni.. haha..bulan februari sibuk yakmat (konon2 la ..acah2 study exam KAP :p ) sebab tu tak ada entri (alasan  baik punyaaa)

Ok kali ni nak share resepi simple dan senangje. Memang tersangatla senang..lagi2 dibantu bik noja ( siapa tu?? Carikla ada cerita kat entry lepas2 hihihi )

Gara2 encik husband yang terpikat sangat dengan makanan ala2 omputih..hahai..layann

Tak mahu cerita panjang. Mari baca resepi..^_^

Meatball cheese ala2 ikea

Bahan2
20 biji Meatball  (saya guna jenama marina sebab en. Husband yang cari beria2..klu ikut saya beli saja jenama ramly atau buat sendiri pun boley)...

Cara masaknye..saya serahkan bik noja HP 3 minit je.
Cara lain boleh goreng api kecil sampai masak golden brown dengan minyak sedikit. Angkat ketepikan.

Bahan2 kuah/gravy
2 sudu butter
1 setengah sudu tepung gandum
1 biji bawang merah dadukan
1 biji tomato dadukan
3 sdb sos cili
3 sdb sos tiram
1 kiub ayam
1 sdb lada hitam (tumbuk)
2 cawan air
1 genggam mozarela cheese (opsyen)

Cara2
1. Panaskan periuk comel masukan butter biar cair...
2. masukan bawang merah..kacau bagi layu dan naik bau..kemudian masukan tepung gandum..kacau bagi rata..api kecil ye...
3. kemudian masukan tomato..kacau bagi layu..masa ni boleh masukan air supaya tidak hangit...kacau sebati.
4. kemudian masukan kiub ayam hancur2kan..diikuti dengan sos cili dan sos tiram. Sentiasa kacau kuah dan guna api perlahan atau sederhana.
5. Masukan lada hitam yang telah ditumbuk...perasakan kuah ikut selera masing2.. saya tak tambah garam atau gula sebab dah cukup masin manis dan lemak2nye.
6. Apabila dah mendidih dan cukup rasa semua..matikan api dan biar sebentar..
7. Lastly tuang kuah kedalam blender dan blend kuah bagi halus n smooth. Kemudian tuang semula kedalam periuk dan masukan mozarela cheese..gaul bagi rata dan cheese cair... siap. Bolehlah tuang atas meatball yg dah susun cantik2... gu kan la dengan sayur2 pilihan dan fries kalau suka.

Tudia..panjang sangat aiihh step dia.. padahal kalau buat sekejap saja. Abadi dalam ayat ..mak datuk panjang pulak... tapi memang swear kejap je buat kuah dia ni..tak sampai setengah jam..dah setel ..siap dah boleh duduk ngap..nyum nyum nyumm emmm dapp.

Try jangan tak try yek. ^_^

Layan gambar!

Sedap! 


alhamdulilah..kenyang.


punah diet mak encik oii!!!!




*********************************************************
update shaklee 
bulan ni promosi ESP buy 6 free 1...
moh le grab..bebaloi2

ada lg satu  nak kabo ...pssstt nutriferon ni memang osem sangat...lembut je kulit..hahaha padahal makan untuk tujuan firewall.. ^_^

Friday, 22 January 2016

Omelet Bayam Senangje

Hola!!

My name dora the explora...kihkihkih..sawan sehari suntuk semingu penuh layan cd dora the explorer...ni semua gara2 cut buget....:p

Oo itu bukan isi utama nak cerita harini..hihihi. harini nak cerita pasal omelet bayam ...hihihi

Tadaaa

menu day 7  cabaran kembali ke saiz 2010 omelet bayam

bahan2
2 biji telur
bayam semangkuk
secubit garam
seulas bawang putih
sedikit minyak utk menumis

cara2
Panaskan minyak
ketuk bawang putih campak dlm kuali..kemudian masukan bayam ..goreng kilas sebentar..
telur pecahkan dlm mangkuk ..buh garam secubit..kocok..curah keatas bayam...biar hingga telur masak ..balik kan..biar masak sekata kedua belah..boleh angkat...sedap mkn with sambal.


*********************
wah lama betul tak sebut pasal shaklee. masih lagi aktif ^_^..
bulan ni ada promo zinc complex, vitalea for children dan vivix.
meh grab sebelum berakhirnye januari. 

zinc complex akan berehat seketika selepas ini.

Sunday, 3 January 2016

Resepi Bingka Ubi Senangje

Selamat tahun baru 2016...heheh sempat lagi kan..

Awal2 tahun ni mari kita layan resepi bingka. Resepi yang sangat2 senang. Memang senangje. Simple sangat2.

Bingka ni my hubby yang buat. Semenjak 2 menjak ni hobi dia la pulak duk mengitai2 resepi2 kat pesbuk. Mimpi apa la kan..hobi baru mungkin ^_^..syukur jugak dapatlah makan airtangan en.somi.. Macam bingka ubi ni kawankan dengan air kopi 434 perghhh...sedap sangat oii..

Jom cek resepi bingka ubi yang senangje ni ^_^

Bahan2
Ubi parut 4 cawan
Santan pekat 2 cawan
Gula 1 cwn
Garam 1 camca
Tepung ubi setengah cawan
Pewarna pilihan ( ikut sukahati...hubby mula2 nk buh kaler kuning..pastu tukar hijo pulak...kihkihkih..ikut dia lah..dah terrajin dah syukur sangat...)

Cara2
En. Hubby gaul rata je semua sekali harung bahan2 tu sampai sebati dan mesra ^_^.
Panaskan oven. Griskan loyang. Tuang semua adunan dalam loyang.
Bakar lebih kurang 1 jam setengah dengan suhu 200 darjah celsius
..dah masak, biar sejuk sebelum dikeluarkan dan dipotong.... nyum2 serius sedap sangat..

Senangje kan..kan

Sedap..lembut je bingka ni.


Kaler coklat gelap tu bukan hangus tau..sengaja bagi hitam2 sedap krup krap kerak dia.


rupa yang kurang lawa ni sebab masih panas lagi dah tak sabar nak keluarkan dari loyang..excited nk tengok hasil en hubby membingka. ^_^


selamat mencuba &
selamat kembali ke sekolah!


November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...