Wednesday, 2 November 2022

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini la peristiwa besar dalam hidup seputar 10 bulan di 2022

- Haji 1443H 

- Pertama kali berpisah lama dengan adik kakak

- Abah kembali ke negeri abadi 

- kakak dah ada IC 

Begitu masa laju meninggalkan kita. Semoga banyak lagi kebaikan yang dapat dilakukan untuk pengisian hidup.

 

(Daku. Yang masih tidak bertemu nickname yang cocok sesuai rasa diriku untuk menulis-nulis)













Sunday, 25 July 2021

NORMA BAHARU

Salam Siang.

Pejam celik hampir 18 bulan duduk rumah berPKP PKPP PKPD PKP. Terkesan sungguhlah kehidupan biasa kita dengan kemunculan encik Covid19 ni. Semoga mahluk halus ini cepat berlalu dan reda la dari menghantui hidup manusia keseluruhannya.

Norma Baharu ni mencabar sekali. Duduk terperap dirumah, betul-betul rehat. YAng bijak reka peluang, ambil peluang, kandani hidup sebaiknya. Yang tak nampak peluang dan kecundang pun ramai juga.

Aduhailah sayang. Masa, tika sedang dilalui kadang diri terleka. Bila sudah hampir pergi baru terasa. Alamak alangkah bagus jika begitu begini tadi. Mengapa tak terfikir. Kan dah tak sempat. em begitulah.

SEmogalah masa lapang yang banyak ini tidak tersiakan. 


Sunday, 3 May 2020

Cerita Menu Berbuka Minggu Pertama Ramadan 2020

Salam Ramadan.

Sekadar catatan kenangan juadah ramadan minggu pertama kami. Menu untuk 4 orang (2 dewasa dan 2 kanak-kanak). Kebanyakan menu minggu pertama ini adalah request daripada adik dan ayah. Mama dan kakak mengikut sahaja. kalau ikut mama makan kurma dan air masak la awak semua. Nasib-nasib makan telur kicap sahaja. hehehe. 

Ok mari kita layan mata dengan menu yang sekadarnya. Gambar pun tungang tebalik. MasyaAllah. Sejak masuk siri makcik-makcik makin kelaut dalam setting blog ni. Namun ku teruskan jua anak-anak semua ya.

Jom check it out
gambar air sirap saja yang tergamak nak send kat grup AE&CO
Ramadan Pertama, menu berbuka kami roti john (support bisnes cikgu tuisyen adik), roti jala (permintaan ayah) air sirap (adik request) jiran bagi soto (sehinga tarikh ini, masih ada lagi dalam peti ais tidak berusik)


Ramadan ke-2, kami berbuka dengan donat, popiah, mee goreng pastu tak ingat pulak apa lagi, oo dan air laici dan pizza homemade crust keras tapi sedap.

air laici yang tingal gelas hujung-hujung snap pic nak send kat grup ae&co

Ramadan ke-3, kami makan ayam paprik dan ulang donat dan popiah. 

Ramadan ke-4,kami berbuka dengan bihun goreng dan ayam masak taiyoob. (interesting ayam ni nanti boleh share resepi bila jumpa gambar yang cantiik dia) keropok lekor dan air tealive.



Ramadan ke-5 buat serunding untuk nasi ambeng tapi sempat la buat pulut serunding untuk rasmikannya

pulut serunding


Ramadan ke-8, menu Juadah berbuka dengan Nasi Ambeng. dapatlah berbahagi dengan jiran-jiran. tetapi minta ampun dia punya penatnya nak siapkan 7 jenis masakan dalam masa 3 jam kat dapur. Biasa masak berbuka setengah jam ke sejam saja. Nasib berbaloi dengan rasanya. Syukur.


begini la rupanya nasi ambeng yang dah siap sedia untuk di ngap. terdiri daripada nasi putih, mi goreng simple, sambal goreng, tahu tempe kicap, ayam ungkep, serunding dan ikan masin bulu ayam. Nikmat tuhan yang mana hendak kau dustakan.

ini menu Menu Ramadan ke-4


menu Ramadan ke-5


asam pedas ikan pelaling pada Ramadan Ke-5 yang terlajak pedas. Cili kering itu sangat la pedasnye


ayam taiyoob leftover yang tak habis-habis sehingga Ramadan ke-9 ada lagi seketul kecil dan terpaksa sedekah kepada ulat

aiskrim padle pop makni belanja

menu Ramadan ke-6, fetucini dengan sos krim keju dan herb, ulangan popiah dan donut prozen 

Menu Ramadan ke-7 
Ramadan ke-7 kami order set ayam panggang black pepper dari jiran (support bisness jiran). sangat sedap. pembaca boleh search di facebook Baked By Bynas #bakedbybynas. Memang sedap dan ada pelbagai set menu antaranya kambing bakar lada hitam. Meatball pun ada insyaAllah sedap sangat sesuai untuk menu berbuka.


cukbadak dan keria yang cantik kejadiannya sebelum digoreng

kuih keria ramadan ke-8 yang sipi-sipi kategori masakan group MATJHI

Ramadan ke-9, kami berbuka dengan megi goreng, popiah, ayam gunting ala uncle bob, keropok lekor dan Alhamdulillah, rezeki yang allah beri melalui jiran, nasi arab kambing yang Subhannallah MasyaAllah sedap yakmat dan juga pulut kuning rendang ayam juga dari jiran yang berlainan (yang ni masih dalam petiais bersama soto ramadan pertama).

Maka, nikmat tuhanmu yang mana hendak kau dustakan. Allahuakhbar.

Sekian kenangan juadah ramadan minggu pertama kami.

Makcik.
Syukur Alhamdulillah.



Friday, 1 May 2020

Ramadan Nur Karim 2020/ 1441H

Assalamualaikum pembaca budiman.

Alhamdulillah, sampai kita ke tahun 2020 ye.( dah masuk bulan yang ke-5 di tahun 2020 makcik baru nampak jalan kerumah ni. hahaha sabau ajelah ) Rezeki kurniaan Allah. Syukur diberi umur yang panjang. Moga diiringi dengan keberkatan bersama dengannya.

Istimewa sungguh tahun 2020 ni. (dengan kereta terbang tak terjadinya, dengan corona covid-19nya, dengan PKP, MCO, RMO nya ) Impian kita nak tengok kereta terbang tapi sebaliknya kita semua tak dapat pun hatta nak menaiki kereta akhirnya.

Kita telah dihambat oleh tentera corona hingga terpaksa duduk dirumah cuti beramai-ramai sambil merasa pengalaman hidup ala-ala pesara. Duduk di rumah beristirehat sambil menjaga keluarga.

Alhamdulillah syukur kepada Allah, akibat terpaksa duduk dirumah ini dapat pula kita menyambut Ramadan Al Mubarak 1441H dengan keadaan yang istemewa juga. Begitu banyaknya masa kita terluang dapat kita manfaatkan dengan beribadat dan merebut ganjaran pahala.

Selama ini kita terkejar-kejar dalam melakukan ibadah disamping tugasan aktiviti perkerjaan harian kita yang lainnya. Tetapi istimewanya ramadan tahun ini' kita dapat bertenang-tenang dan berpuasa dalam keadaan santai. Tidak lagi tergesa-gesa bersiap untuk ke tempat kerja selepas bersahur. Tak perlu kelam kabut menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. sebaliknya kita bertenang-tenang sambil menunggu azan dan seterusnya sama-sama menunaikan ibadah solat subuh berjemaah.

Manis. Pasti menjadi kenangan yang sangat manis.

Jadi jangan lepaskan peluang mencipta kemanisan ramadan kita ini dengan mengisi masa melakukan aktivit yang menambah pahala. Usah lebihkan tidur. Kuatlah untuk lebihkan masa berjaga dan mengisinya dengan aktiviti yang bermanfaat.

Antara aktivit merebut gajaran pahala berganda yang boleh kita lakukan di bulan ramadan:-

1. Berzikirlah - Subhannalllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar, Astarfirullah.
2. Perbanyakan berdoa memohon keampuan, dijauhi siksa kubur, azab api neraka, fitnah hidup dan mati juga fitnah dajjal.
3. Ayuh pujuk diri membaca alquran, bertadabur alquran,
4. Cabar diri membaca buku-buku ilmiah.

Moga ada yang bermanfaat, selamat beribadah semua.

makcik
syukur dapat menikmati kemanisan ramadan dalam PKP


Friday, 7 December 2018

Muar bandar di Muara Sungai

Kalau ke bandar muar time ada pesta or kembara mahkota johor memang banyak la xtvt kat tanjung emas.

Yang kami sempat terserempak time balik cuti di kampung tempohari hanyalah pertandingan kayak dan power boat. Time Power boat tak tergerak nak ambil gambar pula. Apa pun tak boleh 😂😂

Sarapan Gaya Muar

Lamanya tak tulis2 kat sini. 😮

Antara xtvt paling mencabar yang kami sempat buat sempena balik kampung cuti sekolah 2018 tempohari.

Xtvtnye hanya sarapan pagi. Haha kesian. Tapi memang cabaran la tu pagi2 nak ke muo semata-mata nak makan sarapan. Gigih sangat hanya untuk tujuan itu. (Padahalnye kalau dah rumah di daerah Muar tu memang kompom la itu dah pasti gaya muar kan? ke bukan? 😞)

Walaupun orang muo tapi ini baru kali ke-3 saya bersarapan gaya Muar di bando muo. (Sepanjang hidup dimuo tu dulu sarapan gaya apa kalau bukan gaya muo ek😞 maybe yang tu dipanggil gaya bebas melak 😛)

Thursday, 6 September 2018

Singgang Sotong

Kawan-kawan belah pantai timur mesti cakap ni lauk peberet. Tapi yang tak pantai timur ni, ni firstime try masak lauk singgang ni. Yang tak menahannya punyalah nak cuba je, jadi masak guna seekor je sotongnye. Sekali tu aiseyyyy sedap la pulakkk. Tak cukup la duk hirup kuah je la puasnye.

Singgang sotong ni memang lauk sihat. Sesuai la untuk jaga kesihatan. Syaratnya makan berpada-pada la tapi. Huhuhu. Tapi kalau dah sedap payah pulak nak sedar diri time makan tu. Huahuahua.

Resepi singgang sotong saya ni resepi dia macam kat bawah la. Pasti ada kurang sini sana maklum yang masak pun bukan ahlinye kan.

Sotong (seekor. Hahaha)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Lengkuas
Cili api
Asam keping
Garam
Perasa
Air secukupnya.

Potong-potong semua lebur dalam periuk tengek atas dapur. Dah didih sotong masak perasakan masam masin lemak-lemak sedap dia.. setel.

Yeay boleh makan.

Tuesday, 17 July 2018

Happy Time

Ini tinggal kenangan! 😂 secara jujurnya saat menikmati rezeki ini sangatlah happy perasaan masing-masing. Terimakasih to atuk acu and acu and mandak and mangah n majeh sanggup hantar jauh-jauh. Dah la jauh jauh malam pula sampainye. Love you all.

Brownies Teragung

Setelah hampir cecah setahun beli buku resepi brownies terangung ni, barulah kini terhasil satu (1) daripadanya. Itupun dengan derhakanya. 😂

Monday, 12 February 2018

Kuih Karas

Kuih tradisional yang ramai peminat diam-diam ni. Ia kuih. Ia enak. Ia tradisi. Giteww.. hehehe.

Kuih ni kena call dah tempah. Macam dulu-dulu jugak saya tak ada sediakan stok banyak-banyak. Sebab apa? Sebab saya pun peminat kuih karas ni. Jadi saya nak awak-awak yang minat kuih karas dapat makan yang masih rangup dan tiada bau tengik. 

Ia homemade dan handmade. 😙

~love~

P/s: sebarang pertanyaan boleh whatsapps 017-6622402.

Sunday, 11 February 2018

Hello

Assalamualaikum!!

Wahh lamanya tak balik rumah. Berhabuk bersawang semua ada. Ingat dan rindu rumah sentiasa ada. Tetapi tiada kekuatan nak menjenguk.

2017 dah pun berlalu. 2018 ni marilah, jomlah wahai diri teruskan perjalanan.

Apa yang berlaku sepanjang 2017 marilah simpan kemas jadi kenangan indah penuh pembelajaran pengajaran. 2018 kita panjatkan doa yang baik-baik dan sangkutkan impian yang indah untuk hiasi hidup lebih bermakna penuh warna.

Jom readers.

~love~

Karas : kuih tradisional

Ketepi ketepi karas kini kembali. 😄😙😙

Wednesday, 30 August 2017

Kek Minyak Mudah dengan Noxxa

Tengok 'hantaran' kek minyak by mamamia2 kat pesbuk nampak sedap sangat. Teruja nak cuba juga. Maka dengan gigih semalam buat juga sebab dah 2 hari bahan2 dah beli. cik hasben pun dah senyum2 tengok bahan tak gerak dari tempatnya. Ngeh3 

kek ni memang mudah sangat. Ikut resepi kak mamamia2 ni kompom jadik. tapi akak derhaka sikit kat resepi ni. bukan derhaka apa lah. Cumanya tepung tu akak gunakan selfrising flour dengan cara bakar dia akak gunakan periuk noxxa. hehhehehe Dah mudah nak lai mudah ye tak. ngeh#3.

lepas dah siap adun semua bahan kek tu akak masukan je dalam periuk noxxa terus direct dalam inner dia. Then set steam 9 minit round pertama tu. Kalau guna noxxa untuk steam kek ni mememag tahan telinga jer lah tit tit tit tit tit. 

Abis 9 minit tu.. belum masak lagi tau kek tu. akak set lagi 10 min. tahan telinga lagi tit tit tit tit. jangan bimbang, tak rosak periuk pun. memang gitu fesyen dia kalau steam kering.  

kemudian the last round sebab dah malas nak ulang2 set timing akak terus set 14 minit. sebab tengok kek pun dah dekat nak masak. maknanya kat sini akak dok ulang set timing 3 kali. sebab tak tahu should be berapa minit nak masakakan kek ni dlm noxxa. so lain kali kalau nak steam guna noxxa lagi untuk kek minyak ni akak set terus 20 min pertama. second boleh tengok dulu kejadian kek tu nak tambah berapa minit lagi. hehehe amatur memang gini la gaya dia. ngeh3. masak ni ikut la instint masing2. 

sebab guna noxxa dan belasah je timing tu tadi maka memang cantiklah kejadian kerak keliling kek tu. tapi kek minyak ni memang gebu toing2 je bila press dia naik balik. memang sedap ikut resepi ni.  korang terai la, nak best follow resepi mamamia2 tu 100% kompom jadik cantik dan gebu gebas.


kek ni dah masuk dalam bekas betutup semalaman. texture dia jadi lembut dan still gebu. 



ni la resepi yang kak mamamia2 kongsikan kat pesbuk dia. aka follow bulat2 sukatan dia. Derhaka cara masak je. akak guna noxxa. hehhehe



Time ni baru lepas keluarkan dari periuk noxxa. Anak dah tak sabar nak potong selamat harijadik. khahhahah. Anak akak kalau nampak kek semua selamat hari jadik. Gasak.



selamat mencuba noxxarian semua.


Thursday, 3 August 2017

Salam Ogos : Projek Makan Sihat

Alhamdulillah ogos sudah. Rasa sekejap je dah masuk separuh tahun.

Lepas raya ni terasa berat sangat nak bawa badan. Maklumlah sebulan raya membantai rendang ketupat kuih kuih sakan. Selagi ada orang menjemput ke rumah, seboleh2 cuba penuhi. Mengerat silaturahim katanya kann. 😆

Aa..pasal projek makan sihat tu. Tetiba rasa terbuka hati nak cuba istiqomah makan ikut cadangan suku suku separuh by kementerian kesihatan tu. Tambah pulak grup ireach shaklee pun ada buat contest #sihatcara ireach . Molek sangat la tu. 

Dah beberapa hari ni berjaya la buat suku suku separuh boleh tgk di fb amisahahmad.eskandar atau ig amisahahmad. 😆

Oh ye sis masih lagi aktif bershaklee. Sekali dah cuba sis akan terus iatiqoamah dengan shaklee. ✌ lagi lun memang terbukti bekesan selamat dan mesra alam kan.

Sunday, 14 May 2017

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu buat semua ibu2 walau dimana saja berada. Nikmati indahnya hari2 sebagai ibu.

Hari ibu, semua orang boleh bergembira. Walau belum bergelar ibu, tapi kita bermula dengan ibu. Alfatihah adalah hadiah terbaik. Untuk semua ibu2.

Wednesday, 26 April 2017

cara penjagaan muka senangje

Kulit cantik menawan dengan rutin penjagaan yang konsisten. Jom Cantik setiap hari bukan hanya pada hari lebaran.

Tonton video untuk 5 tips menarik mencantikan kulit dengan mudah.


Friday, 21 April 2017

DETIK SERAM KAKAK TERTINGAL VAN SEKOLAH

adik saya kata, ujian tak datang kala kita bersedia dan bersiap siaga. tetapi kebiasaannya ia datang ketika kita leka, merasa selesa, tenang dan tak menjangka.

begitulah. apabila petang 13 april tu saya dan suami berada dirumah. suami macam biasa bersiap sedia nak pergi kerja syif malam. saya pulak tengah kalut dengan anak2 asuh nak balik.

tiba2 henpon saya bunyi, tapi saya tak sempat nak angkat dah senyap. tak lama henpon suami pulak bunyi. sebab saya tak sempat nak angkat, maybe orang tu call suami. suami bergegas keluar, sambil mention kakak nangis sebab tertingal bas sekolah.

ALLAH. bederau darah weh.

alhamdulillah. Petang tu kakak balik dengan ayah. Selamat. Terima kasih pada pemanggil yang sudi menelefon dan menunggu kakak sampai ayah datang. Terima kasih sangat2. Walau dimana awak berada kami sekeluarga sentiasa mendoakan kesihatan dan kebahagiaan awak dunia akhirat.

Saya tak tahu kenapa saya tak ada rasa nak marah haritu. Tapi saya sangat2 bersyukur anak saya selamat. Betapa saya fobia dengan kehilangan. Walau dalam mimpi sungguh saya tak sanggup hadapi.

Saya angap tragedi tetingal van sekolah ni sebagai teguran kepada saya dan suami  juga makcik van. Supaya lain kali lebih berhati2.

Untuk saya dan suami, biarpun tanggungjawab menghantar dan mengambil kakak di sekolah sudah kami sub kepada makcik van pastikan sentiasa keep in touch dan ingatkan mereka selalu.

Sementara kepada makcik van dan pakcik van, pastikan cek dahulu ahli kariah van sebelum meningalkan sekolah.

anak kecik 7 tahun sendiri diluar rumah bukan keadaan selamat sekarang.

Macam mana kakak boleh tertingal dan ditingal? Nantikan.

Saturday, 25 March 2017

BANYAK CARA MARKETING PERCUMA DAN BERBAYAR PILIHAN TERBENTANG LUAS BUAT PENIAGA BIJAK




Saya bukanlah orangnya untuk bicara mengenai marketing. Tetapi sebagai sebahagian daripada peniaga yang merebut peluang untuk meningkatkan ekonomi diri, tidak dapat tidak saya juga terjebak dengan aktiviti marketing ni.

Facebook, instagram dan blog, adalah 3 cara marketing yang saya gunakan setakat ini. Zero cost, capaian luas dan kebarangkalian mendapat prospek lebih luas. Banyak Yang boleh dikongsikan melalui 3 medium ni. Setakat hari ini alhamdulillah ia berkesan untuk saya. 

Selain dari marketing di dalam talian, offline pun sekali jalan juga. Sambil berjumpa kawan-kawan lepak bersama, ingan-ringankan mulut untuk bercerita dan promosikan produk kita. saya lah tu. hehehe. sambil-sambil borak tanya khabar sekali harung saya kongsikan kebaikan produk supplimen Shaklee yang saya jual ni. 

Nak berniaga tak bolehlah malu-malu. Kena redah kasi pecah je. kalau berkenan beli kalau tak berkenan mungkin lain kali, yang penting kita kongsikan maklumat berkaitan produk yang kita niagakan tu. Later on mesti mereka/ prospek kita tu akan terfikir2 akannya. Mungkin bukan sekarang tapi akan datang pasti berguna maklumat yang kita kongsikan tu. haaa lagi satu marketing mulut ke mulut kita ni sangat efektif tau. ramai orang lebih rasa yakin dengan marketing mulut ke mulut. apatah lagi kalau ia dari pihak ketiga.

lagi satu kalau rajin buatlah pamplet atau broucher ringkas dan edarkan kepada jiran2 setaman, se-apartment, sekampung, hehehe, Dalam 10 orang yang duk belek2 nanti mesti ada sorang dua yang mungkin akan tertarik. usahakan saja ok. jangan pernah rasa tak mendatangkan hasil.

atau dah up sikit nanti boleh guna fb ads, dan khidmat berbayar yang lainnya. 

Satu lagi cara mudah dah zero cost, awak blast whatsapps je kat kawan-kawan supaya diorang tak terlepas apa2 tawaran @ promosi kita. Macam saya, adakalanya saya blast whatsapps kawan supaya diorang tak terlepas barang baik always safe always work always green ni. Nak-nak pulak shaklee yang saya jual ni ada landmark study (baca di http://www.landmarkstudy.com/ ). Tak sampai hati nak biar kawan-kawan terlepas pandang.  

demikian pilihan markting peniaga bijak. ahakss

<3 span=""> sharing is caring
MAMA IMAN | 017.662.2402
SidPro anda

Friday, 24 March 2017

SUPPLIMEN MASIH PERLU WALAUPUN SUDAH MENGGAMBIL MAKANAN MENGIKUT CADANGAN PIRAMID RDA

Makan sayur dan buah-buahan lengkap cukup colourfull nya mesti la cukup berkhasiat, tak perlulah makan supplimen. Ye ke betul macam tu?

Yang pasti sumber makanan kita sekarang ni sangat hebat teknologinya.

Sayuran cantik-cantik gemuk-gemuk hijau, buah-buahan kilat-kilat segar sangat. Ayam chuby-chuby daging banyak lembut pulak. Ikan gebu-gebu segar.


Tapi betul ke keaslian khasiatnya. Demi memenuhi keperluan semua peringkat. Demi memperkasa ekonomi. Begitulah rantaian kelangsungannya.

Nak cut cost bela ayam, kenalah guna teknologi supaya ayam cepat besar dan dapat dipasarkan. Nak jaga modal pusingan agar dapat untung besar. Etc.

Begitu juga sayuran. Nak atasi serangan serangga dan memastikan kesuburan tanah terpaksa mengunakan racun dan baja-baja yang pasti sayuran juga terkena tempiasnya

*********
Dan cerita lainnya

Vitamin C- kalau kita makan oren, kena mkn dengan kulit putihnya baru dapat flavonoids yang ada dalam tu.

Makan Nenas pulak kena makan empulur dia sekali baru dpt serat yg penuh khasiat.

Sayur pulak kena makan bermangkuk-mangkuk baru dapat manfaat vitamin dan mineral yang terjamin cukup kiraannya.

Makan labu kena makan biji dia sekali untuk dapatkan kebaikan kesan rangsangan pengeluaran interferon semulajadi dalam badan kita.

Makan anggur pun bijinya la yang banyak manfaat..tapi selalu kita pilih yang seedless. :p

Dengan sebab itu, saya pilih vitamin shaklee untuk topup semua keperluan vitamin dan dapatkan vitamin mineral tinggi antioksidan.

Sayur, buah-buah, ayam masak osek, ikan stim, burger, shellout memang perberet dan tetap pujaan. Tetapi ia tetap belum cukup untuk keperluan vitamin dan mineral bagi kesihatan yang mantap.
Kenapa mesti vitamin shaklee? Sebab ia ada landmark study. Sentiasa berkesan. Sentiasa selamat. Sentiasa mesra alam.

Sharing is caring


mama iman | 017.662.2402

Your trusted Sid.


Thursday, 16 February 2017

Atasi Penat Badan Dengan Cara Mudah

Penat letih lesu memang perkara biasa. selepas seharian buat kerja rumah, buat kerja di pejabat, then sambung lagi buat kerja-kerja hakiki sebagai mak orang, bapak orang, anak orang tu semua. hahaha ada ke yang lepas kerja transform jadi benda lain. kekeke

Penat letih lesu tu kalau berterusan dan kita tak ambil peduli boleh jadi hal lain. Ada yang boleh transform jadi hulk pun ye. hahaha ..jadi radio buruk pun ye..asik nak membebel je. yelah dah penat sangat semua serba tak kena.

atau ada yang lebih teruk, sebab dah penat letih lesu sampai dah tak boleh bercakap..jadi senyap terus. terima je apa yang datang. reda katanya..hahaha padahal dah 'kesel yakmat'.

akak yang duduk kat umah ni pun kadang mogok sebab penat. lagi2 ada dua cekedis yang sedang nak membesar dan meneroka dunia persekitaran. Sebelum akak jadi hulk, tak pun radio buruk atau batu bernyawa akak  amalkan siap-siap makan kalsium, vitamin B, Vitamin C, minuman diperkaya dengan 9 asid amino penting and kadang2 topap dengan vivix si tonic ungu.

penat kita, kita yang rasa. jangan buli diri sendiri. Beri la diri tu sesautu yang baik baru boleh beri yang terbaik kepada orang lain.

salam sayam :*

Mama iman
amisah | 017.662.2402

Produk yang akak amalkan untuk pastikan nutrisi lengkap supaya badan tak cepat letih dan lesu.


yang ni walaupun dikenali sebagai set bersalin, tetapi tetap boleh di amalkan sepanjang masa. Kerana ia memang dapat membekalkan nutrisi yang diperlukan badan. Nutrisi yang lengkal dapat mengatasi badan yang penat letih dan lesu. 

salam sayang.

November 2022 sudah

 Cepatnya masa berlalu. Sedar-sedar dah sampai November 2022. Banyaknya perkara berlaku sepanjang Januari hingga Oktober. Untuk peribadi ini...